Ismen dan Hak Lalulalang Pentadbir Tanah


Ismen dan Hak Lalulalang 


Kanun Tanah Negara telah menggariskan beberapa peruntukkan bagi membenarkan pemilik tanah untuk menggunakan tanah orang lain terutamanya tanah yang berjiran untuk laluan tertentu seperti mendapat akses ke tempat awam, sempadan berasingan atau akses keatas hartanah milik pemohon isemen.

Hak ini boleh diwujudkan secara persetujuan bersama iaitu ismen (easements) atau melalui kuatkuasa undang-undang oleh PBN iaitu dengan Hak Lalu-Lalang Pentadbir Tanah. Di Johor, pemohon adalah disarankan untuk memohon Isemen terlebih dahulu sebelum memohon Hak Lalu-Lalang Pentadbir Tanah.

Kebiasaannya bagi menyelesaikan masalah jalan keluar-masuk, Pentadbir Tanah akan mengesyorkan pelaksanaan Ismen dahulu dan jika ianya tidak mencapai persetujuan, Pentadbir Tanah (berdasarkan siasatan bagi mengkaji keperluannya) akan menggunakan kuasanya mewujudkan Hak Lalu-lalang Pentadbir Tanah.

Walaupun perkara ini tidak disebut didalam undang-undang, namun secara rasionalnya ianya adalah munasabah bagi Pentadbir Tanah menasihati pemohon akses keluar-masuk untuk mendapatkan ismen terdahulu.

Ismen dan Hak lalu-Lalang pentadbir Tanah merupakan dua perkara yang berbeza dari undang-undang dari segi pegwujudan, ciri-ciri , kesan dan sebagainya


Ismen

Takrifan :                                      
Sek. 282:
“Ismen ertinya apa-apa hak yang diberi oleh seorang tuanpunya, selaku tuanpunya, kepada seorang lain, dan untuk kenikmatan berfaedah dari tanahnya”


 Hak Lalu-Lalang Pentadbir Tanah

Takrifan:
Satu hak yang membolehkan PBN, pemunya tanah berimilik lain atau orang awam untuk melalui di atas tanah berimilik untuk mendapatkan akses ke tempat awam, hutan simpan, tanah rizab  atau tanah untuk mengambil bahan batuan. Tempat awam yang dimaksudkan adalah tepi pantai, sungai, stesyen keretapi, ajalan awam atau seumpamanya.

Kalau nak beli tanah boleh tekan link dibawah. Kami sedia membantu anda

www.wasap.my/60193286803

Visit myhartamas.com for more info.

view here : www.edgeprop.my/agent/77056
view here : johanhartanah.agentweb.my/agent-listings
view here : www.mudah.my/johan-miftahuddin-kaizen-realty
view here : miftahuddin.iagent.my/
view here : www.propsocial.my/agent/Johan0193286803



Ulasan

  1. Jika kita nak buat perubahan ismen..contoh...laluan jalan yang lama kita nak ubah kepada laluan baru tetapi masih di atas tanah kita adakah perlu kepada kebenaran jiran...
    ( Kes jiran sy x bg sy nak ubah jalan yg sekarang utk di ubah kepada laluan baru masih lagi menggunakan tanah saya) dgn alasan tanah saya yg lebih tu ada lah tanah rizab
    (Utk pengetahuab tuan jalan ni adalah jalan tar kg sahaja)

    BalasPadam
    Balasan
    1. semak hakmilik.jika tiada apa2 endosan lalulang pentadbir tanah atau endosan pengambilan bg tujuan jalan maka ianya bukan lah rizab jalan/laluan awam. suka hati tuan la nak ubah (bukan tanah die) jika tiada apa-apa endosan dalam hakmilik/Pelan di belakang hakmilik tanah tua.

      Padam

Catat Ulasan