PERLU KE BAGI DEPOSIT RUMAH SEWA

Kenapa perlu bagi Deposit Rumah?


Deposit didefinisikan sebagai sebahagian drpd bayaran berupa wang yg dibayarkan (sebahagian lagi adalah hutang).
Ia adalah cagaran yang diberikan oleh penyewa sebelum bersetuju menyewa sesebuah premis. Juga bertindak selaku pengikat kepada penyewa agar tidak bertindak sesuka hatinya.

Biasaannya tuan rumah @ agen akan meminta wang cagaran minimum 1 bulan @ 3 bulan bergantung kepada situasi berikut :


v  Keadaan rumah (kosong atau berperabot)
v  Budi bicara tuan rumah
v  Kebolehpercayaan terhadap penyewa
v  Kemampuan penyewa bayar sewa ON TIME
v  Persetujuan/Perjanjian sebelum mula menyewa (Perjanjian bertulis ye…)

Tuan rumah PERLU meminta deposit kerana berdepan dengan RISIKO, berikut adalah sebahagian darinya :


v  Penyewa menghilangkan diri tanpa bayar sewa (Hujung bulan nk dtg kutip sewa rumah dah kosong pulak)
v  Penyewa keluar awal daripada tarikh tamat kontrak; maka tuan rumah rugi 1-2 bulan kerana perlu mencari penyewa baru
v  Kerosakan rumah yang disebabkan oleh penyewa contohnya paip patah, pintu pecah (penyewa memang suka terkunci tombol dari dalam), tombol rosak, saluran sumbat (dengan gumpalan rambut, minyak beku, spender), jubin pecah, bilik air berlumut dan lain-lain.
v  Kerosakan perabot contohnya sofa jahanam, cermin muka pecah, almari patah dan lain-lain.
v  Bil-bil tertunggak yang tidak dilangsaikan oleh penyewa (Utiliti deposit biasanya 1/2 dari sewa)
v  Rumah bersepah dengan sampah yang setahun tak buang, toilet yang setahun tak cuci, siling bersawang yang setahun tak dibersihkan, lantai berkulat yang setahun tak dimop.

PERINGATAN

Sebagai tuan rumah JAGANLAH anggap macam duit BON0S pulak. Duit cagaran diambil dan dijoli katakkan sehingga menyebabkan ketidakmampuan untuk memulangkan semula kepada penyewa selepas tamat kontrak sewa; lepas tu salahkan penyewa.  Hrmmm
Sebagai PENYEWA kena jugak tahu awal-awal bahawa duit deposit@cagaran BUKANLAH advance payment untuk sewa, supaya 1-2 bulan terakhir mereka tak mengada-ngada nak paksa tuan rumah guna duit cagaran sebagai bayaran sewa bulan terakhir tu ye. Macam mana keadaan masa masuk rumah, macam tu la keadaanya bila keluar rumah.

Jangan lupa Like Page Hartanah Emas Malaysia
Lagi banyak Tips khas untuk anda
#hartanahemasmalaysia

0193286803
www.wasap.my/60193286803


Log on to myhartamas.com for more info.

view here : www.edgeprop.my/agent/77056
view here : johanhartanah.agentweb.my/agent-listings
view here : www.mudah.my/johan-miftahuddin-kaizen-realty
view here : miftahuddin.iagent.my/
view here : www.propsocial.my/agent/Johan0193286803


#hartanahemas, Apartment, bank, Beli Rumah, CCRIS, CTOS, Hartanah Emas Malaysia, Jual Rumah, loan rumah, rumah mampu milik, rumah murah, rumah selangor, Subsale, tips beli rumah, 

Ulasan