Rumah jenis high-rise @ Apartment adalah diantara yang menjadi pilihan pertama bagi pembeli rumah. Sama ada kos sederhana atau rendah. Tetapi adalah lebih baik membuat pertimbangan dulu sebelum beli hartanah jenis ini.
1*Beli rumah tingkat paling atas
Mungkin ramai suka nak pilih dan beli
tingkat tertinggi sebab pemandangan yang cantik dan lebih privacy. Mungkin
juga, kit tak ada banyak masalah seperti pemilik rumah tingkat bawah.
Tapi, belum tentu semuanya indah
belaka macam orang cerita.
Kalau bumbung rumah tak dibina dengan
baik, rumah itu boleh jadi amat panas pada waktu tengahari. Paling tak best,
kena pula atap bocor bila hujan dan lif rosak. Adakah anda bersedia?. Sebab tu
kadangkala harga dijual agak murah.
Dan yang paling penting, periksa dulu
tahap tekanan air kat rumah tu. Kalau tangki simpanan diatas mungkin tiada
masalah.
Sebenarnya ia masalah biasa rumah
jenis apartmen, lebih-lebih lagi yang bertingkat-tingkat tingginya.
Biasanya tangki air terletak kat
bumbung atas apartmen, tekanan air mungkin rendah untuk unit tingkat tertinggi.
Mungkin juga anda perlu pasang pam air.
2*Kalau beli unit tingkat bawah sekali, okay tak?
Ramai juga yang lebih suka beli rumah
kat tingkat bawah. Ia jadi pilihan utama sebab berikan banyak kelebihan kat
pemilik.
Sebabnya tak payah nak naik lif dan juga senang ahli
keluarga datang melawat.
Dengar macam ngam je kalau beli unit
tingkat bawah sekali kan?. Tapi privasi mungkin tidak seperti mereka yang beli
di tingkat atas.
Selalunya rumah tingkat bawah sekali
adalah kawasan bertanah dan ramai orang lalu-lalang kat kawasan ni. Masalah
bunyi bising tu, memang tak boleh dielakkan
Selain itu, rumah korang juga ada
potensi jadi sasaran perompak. Mohon dijauhkan.
Masalah lain rumah tingkat bawah ni
akan jadi mangsa penduduk yang tak bertanggungjawab. Contohnya kes buang sampah
ke tingkat bawah. Selalu terjadi kepada apartment kos sederhana dan rendah.
3*Ada tak tempat parking yang cukup?
Anda perlu tanya bilangan parking
kereta kat unit yang nak dibeli. Aksesori unit bagi setiap rumah.
Kalau nak tahu, ringkan mulut
bertanya Ejen, pihak management atau penduduk disitu. Kalau nak
lagi mudah, beli apartmen yang siap dengan tempat parking untuk kereta kesayangan
anda.
Ini lebih selamat berbanding parking
kereta kat tempat lain. Anda bukan bayar untuk kediaman semata-mata, tapi
korang juga bayar untuk sekuriti. Dan ini termasuk keselamatan kenderaan dan
ketenangan hati.
4* Kira dulu kos penyelengaraan
Beli rumah jenis apartmen tak sama
dengan beli rumah jenis landed (atas tanah).
Kalau beli apartmen, wajib untuk kita
ambil kira kos penyelenggaraan (maintenance fee) dan masukkan dalam
bajet siap-siap.
Ini adalah komitmen yang perlu
pemilik rumah jelaskan supaya pihak management boleh
selenggara kawasan apartmen dengan baik.
Anda juga perlu berhati-hati. Ada
juga kes pihak management yang tak buat kerja maintenance dengan
baik. Walaupun anda bayar kos ini setiap bulan. Pastikan kawasan sekitar
terjaga sebagai bukti JMB/JMC buat kerja.
5* Pastikan dulu jenis hakmilik apartmen yang anda nak beli.
Kalau apartmen ini dah lebih tempoh
10 tahun, pastikan unit yang korang nak beli tu ada geran strata. Sama juga kes
kalau leasehold (baki kurang 60
tahun)
Kalau tak, susah nak lulus pemohonan
pinjaman kalau jadi kes macam ni.
Disarankan supaya berbincang dengan Ejen
kalau anda betul-betul serius nak membelinya. In Shaa Allah mereka akan cuba membantu
anda dengan baik.
6*Ambil tahu status tanah apartment
Setiap kali korang nak beli rumah
jenis apartmen, semak dulu status tanah/bangunan. Conotohnya SOHO(residential) dan
SOFO(komersial) adalah berbeza.
Sebabnya apartmen yang dibina atas
tanah berstatus komersial, tarif air, eletrik, dan cukai pintu dah pasti akan
jadi lebih tinggi kerana mengikut tarif komersial.
*Jadi nak beli apartmen tingkat atas @ paling bawah?
Apa yang cuba disampaikan di sini
adalah sebagai panduan sahaja.
Yang penting, anda sebagai pembeli perlu
membuat keputusan pembelian yang tepat selepas mengkaji dan mengambil kira
segala perkara yang perlu. Pastikan keputusan yang anda buat itu adalah informed
decision.
Selagi tak jawab semua soalan ini,
tangguh dulu pembelian dan ambil masa sikit untuk fikirkan balik keputusan
pembelian tu. Takkan lari pun jika gunung dikejar. Lebih baik ambil masa sikit
daripada rugi lepas membelinya nanti.
Semoga bermanfaat.
0193286803
www.wasap.my/60193286803
Log on to myhartamas.com for more info.
view here : www.edgeprop.my/agent/77056
view here : johanhartanah.agentweb.my/agent-listings
view here : www.mudah.my/johan-miftahuddin-kaizen-realty
view here : miftahuddin.iagent.my/
view here : www.propsocial.my/agent/Johan0193286803
www.wasap.my/60193286803
Log on to myhartamas.com for more info.
view here : www.edgeprop.my/agent/77056
view here : johanhartanah.agentweb.my/agent-listings
view here : www.mudah.my/johan-miftahuddin-kaizen-realty
view here : miftahuddin.iagent.my/
view here : www.propsocial.my/agent/Johan0193286803
Ulasan
Catat Ulasan