Tips untuk tingkatkan kuasa pinjaman dan buatkan permohonan loan rumah anda senang lulus.
Sekarang, pihak bank cukup susah nak
luluskan pinjaman rumah macam dulu-dulu.
Gaji banyak bukan lagi penentu.
Ada saja kes orang yang bergaji
tinggi dan layak meminjam, masih tak lepas buat loan rumah.
Tak apa. Korang boleh mula jaga dan
buat 6 perkara yang blog Loan Street kongsikan ini.
Mudah-mudahan, loan rumah korang
senang lulus lepas ni.
Semakin banyak permohonan loan rumah ditolak.
Lebih kurang 35% permohonan pinjaman
rumah ditolak oleh bank sekitar Januari hingga Jun 2015.
Kaji selidik yang ejen hartanah dan
Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REDHA) buktikan, ia meningkat
sebanyak 6% berbanding tahun lepas.
Antara faktor yang buatkan permohoan
kita ditolak adalah:
·
Pendapatan pemohon yang tak memenuhi
kriteria,
·
sejarah kredit yang tak bagus,
·
pembiayaan yang mempunyai keuntungan yang
rendah, dan tak berikan dokumen yang bank perlukan.
Lebih kurang 46% permohonan ini
ditolak untuk rumah yang berharga RM250,001 hingga RM500,000.
Dan 19% permohonan ini ditolak untuk
rumah bernilai RM700,000 hingga RM1 juta.
Apa yang kita boleh buat supaya permohonan rumah senang lulus?
Biasanya, bank akan menilai jumlah
yang kita boleh pinjam melalui 4 faktor ini:
1. Nisbah Khidmat Bayaran Hutang
(DSR) kita,
2. profil risiko kita,
3. penilaian hartanah,
4. nisbah maksima Loan-To-Value (LTV)
atau margin pembiayaan yang kita boleh dapatkan.
Yang mana bank akan tumpukan lebih perhatian?
Kiraan DSR dan profil risiko kita
akan dinilai secara terperinci berbanding dengan penilaian hartanah, dan LTV
maksima yang kita boleh dapatkan.
DSR akan tunjukkan kat bank keupayaan
kita membayar hutang, dan mengira berapa peratus dari jumlah pendapatan yang
kita gunakan untuk bayar hutang yang ada.
Ini formula kira DSR yang kita boleh
buat:
·
Nisbah khidmat
bayaran hutang % (DSR) = Jumlah
pembayaran hutang termasuk segala pinjaman (dari bank atau bukan bank) / Jumlah
gaji bersih (lepas dah tolak EPF, SOCSO dan cukai).
DSR akan jadi tinggi kalau pembayaran
hutang adalah tinggi bila dibandingkan dengan pendapatan bersih kita.
Ini adalah salah satu indikator buat
pihak bank untuk kenal pasti, yang kita mungkin buat pinjaman melebihi
kemampuan pembayaran balik.
Apa yang akan jadi bila jadi macam ni?
Kalau ini berlaku, bank akan anggap
kita sebagai peminjam yang berisiko tinggi.
Kadar DSR biasanya adalah 30%
daripada pendapatan bersih kita.
Tapi, ada juga bank yang bagi
pinjaman dengan kadar DSR 70 hingga 80%.
Nak turunkan kadar DSR korang? Kita
kena kurangkan jumlah hutang, atau tingkatkan jumlah pendapatan.
Selain menilai kadar DSR, bank juga
akan menilai sejarah kredit dan profil risiko, buat pemeriksaan latar belakang,
dan segala hutang yang kita pernah buat dulu dan sekarang.
Buat 6 cara ini untuk tinggikan potensi bank luluskan loan rumah anda.
Cara #1: Kurangkan jumlah hutang anda.
Kita boleh buat ini dengan membayar
balik segala hutang yang ada secepat mungkin. Ini termasuk hutang bank dan
bukan bank.
·
Hutang bank: Pinjaman rumah, loan kereta, pinjaman peribadi, kad
kredit, dan lain-lain.
·
Hutang bukan bank: Loan PTPTN, sekuriti pinjaman, program kerajaan,
dan lain-lain.
Baki kad kredit yang tinggi dan
pinjaman PTPTN akan buatkan kadar DSR kita tinggi.
Kita ada kemungkinan tinggi untuk
disenarai hitamkan oleh bank dan tak payah pelik bila permohonan pinjaman yang
dibuat banyak kena reject, kalau tak bayar balik pinjaman
PTPTN.
Kalau tak bayar hutang bukan bank
pun, sama juga. Perkara ini akan di rekod dalam CCRIS dan CTOS kita.
Cara #2: Ada sejarah skor kredit yang
ohsem.
Sejarah kredit adalah petunjuk serta
bukti supaya pihak bank melihat kita sebagai pembayar hutang yang baik atau
sebaliknya.
Bank akan merujuk 2 sumber utama ni
bagi memeriksa sejarah kredit kita:
a) CCRIS.
Laporan CCRIS akan tunjukkan rekod
terkini dalam tempoh 12 bulan, dan mengandungi 3 kategori transaksi utama:
1.
Pinjaman
tertunggak.
Termasuk jumlah yang belum
dijelaskan, had, kelakuan pembayaran, dan segala status sah.
1.
Akaun perhatian
khusus.
Akaun seperti pinjaman tak berbayar
(NPL), atau “Jadual Pengurusan Perhutangan Khas” akan mendapat perhatian khas.
1.
Pinjaman /
permohonan kemudahan kredit.
Merekod segala pinjaman jika
diluluskan dan ditolak.
·
Apa yang patut kita
elakkan:
·
Membuat pembayaran lewat atau
langsung tak buat sebarang bayaran,
·
ada komitmen kat pelbagai jenis
pinjaman atau permohonan kredit,
·
mempunyai kadar kredit yang tinggi
untuk kad kredit atau overdraf. Ini akan jadi bukti yang kita lemah dalam
pengurusan kewangan.
P/S: Kita boleh cetak laporan CCRIS dengan percuma kat
Bank Negara atau menghantar borang permintaan.
b) CTOS.
Rekod CTOS kita akan disimpan untuk
satu tempoh masa.
Dan maklumat dalam rekod CTOS kita
boleh jejaskan permohonan pinjaman kita, termasuk:
1.
Maklumat kebankrapan,
2.
tindakan undang-undang yang diambil,
3.
jadi penjamin dan loan itu gagal
dibayar,
4.
bil-bil yang belum dijelaskan untuk
segala langganan atau perkhidmatan. Rekod ini boleh diserahkan oleh syarikat
swasta seperti utiliti dan Telco.
Apa yang kita perlu periksa:
·
Semua maklumat peribadi kita haruslah
tepat dan benar,
·
semua rekod terkini perlu tepat dan
betul,
·
kita tak dikenakan tindakan
undang-undang,
·
maklumat perniagaan kita harus
dicetak dengan tepat,
·
kita kena maklumkan kat CTOS dengan
segera kalau terdapat mana-mana tindakan undang-undang atau pembayaran yang
telah kita jelaskan, tapi status itu belum dikemaskini.
P/S: Kita boleh dapatkan laporan ini dengan buat
pembayaran yang kecil saja.
Kita tak payah risau kalau bayar
balik segala hutang tepat pada masa dan jumlahnya.
Tapi, adalah lebih baik untuk periksa
CCRIS dan CTOS kita dari masa ke semasa.
Kalau kita ada masalah dengan CCRIS
dan CTOS dan baiki 2 perkara ini sebelum buat permohonan pinjaman yang
seterusnya.
Cara #3: Mula cipta rekod kredit sekarang.
Tak ada sebarang sejarah kredit
adalah seteruk seperti mempunyai sejarah kredit sejarah yang lemah.
Permohonan kita kemungkinan yang
besar akan ditolak oleh bank, sebab mereka tak ada sebarang bukti yang kita
adalah pembayar hutang yang baik.
Ini bagus untuk dibuat, terutama
sekali untuk siswazah atau peminjam kali pertama.
Kalau korang tak pernah buat, boleh
mula apply kad kredit sekarang.
Dan pada masa yang sama, pastikan
baki kad kredit sentiasa rendah dan buat pembayaran penuh setiap bulan.
Kalau tak boleh buat pembayaran
penuh, kita boleh cuba bayar sebanyak mungkin.
Cara #4: Pastikan baki kad kredit sentiasa rendah.
Kalau baki ini tinggi, bank akan
persoalkan kita kenapa ada banyak hutang serta menganggap kita tak pandai
uruskan kewangan dengan baik.
Cara #5: Tunjukkan bank yang kita ada simpanan.
Bank lebih suka bagi pinjaman kat
orang yang ada duit simpanan.
Sebab bank melihat orang macam ini
ada kemampuan untuk bayar balik pinjaman yang dibuat.
Dan ia termasuk semua jenis deposit
tetap, pinjaman, bon, atau lain-lain.
Kita perlu pastikan untuk serahkan
dokument terkini bila buat permohonan pinjaman.
Kalau tak, memang ada potensi tinggi
permohonan korang gagal.
Cara #6: Gabungkan pendapatan.
Salah satu cara untuk tingkatkan DSR
kita adalah dengan gabungkan pendapatan dengan pasangan semasa buat rayuan
untuk pinjaman rumah.
Satu lagi. Pastikan korang berdua
faham hak masing-masing (berdasarkan perundangan) tentang hartanah itu.
—----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tak bermakna skor kredit atau DSR
korang bagus, confirm loan korang boleh lulus dan tak ada
sebarang risiko kewangan.
Yang paling penting, kita
bertanggungjawab mengawal perbelanjaan supaya tak melebihi kemampuan setiap
masa.
Pada masa yang sama, sentiasa
tingkatkan pendapatan sebagai usaha buatkan bank senang hati bagi pinjaman kat
kita. Senang nak tambah koleksi rumah nanti.
0193286803www.wasap.my/60193286803
Log on to myhartamas.com for more info.
view here : www.edgeprop.my/agent/77056
view here : johanhartanah.agentweb.my/agent-listings
view here : www.mudah.my/johan-miftahuddin-kaizen-realty
view here : miftahuddin.iagent.my/
view here : www.propsocial.my/agent/Johan0193286803
Ulasan
Catat Ulasan