Dalam
keadaan ekonomi sekarang,ramai fresh graduate mula
bekerja dengan gaji yang rendah.
Dan
dengan amaun gaji sebanyak itu menjadikan cita-cita nak beli rumah tu hampir
mustahil.
Saya
faham perasaan itu. Rata-rata freshie sekarang bermula dengan tangga gaji RM2,000
sebulan, tapi masih mampu membeli rumah.
Pokok
pangkalnya bukan pada kemampuan kewangan semata-mata. Tapi lebih kepada planning dan execution.
Dengan
memahami cara mengira DSR (Debt Service Ratio), korang boleh mula
merancang bagaimana dan bila nak beli rumah.
Dah tahu kira nanti, baru boleh cari rumah ikut kemampuan anda.
Kalau
tak tau kira ni, sampai bila-bila takkan tahu bila mampu beli rumah. Kalau dah
mampu dari segi gaji pun, belum tentu mampu nak beli rumah lagi sebab takde
perancangan.
Beli
rumah ni bukan perkara yang mudah bagi first-timer, jadi
perancangan tu kena ada.
Bila ada perancangan, baru kita berani buat.
Saya
bagi contoh ya.
Kita try gaji
kasar RM2,000 sebulan. Gaji bersih pula adalah RM1,770. Katakan rumah yang nak
dibeli adalah sebuah apartmen medium cost berharga RM150,000.
Dengan
menggunakan mortgage calculator (kalkulator gadai janji),
dapatlah anggaran bulanan installment rumah ini iaitu RM650.
Nak
beli rumah ni dalam bulan ketiga selepas berkerja (dapat surat confirmation),
hanya ada PTPTN RM150 sebulan. Selain tu, takde hutang lain.
·
Gaji bersih
= RM1,770
·
Komitmen
= RM650 (Installment rumah yang nak dibeli) + RM150 (PTPTN) = RM800
·
DSR
= (Komitmen / Pendapatan Bersih) X 100 = (RM800 / RM1770) X 100 = 45%
Pada
DSR 45%, saya boleh kata ada bank yang akan luluskan pinjaman untuk rumah
RM150,000 ni. Siapa kata gaji RM2,000 tak boleh beli rumah?
Kalau nak apartmen RM200,000, boleh lepas ke?
Biasanya
rumah harga ni dah boleh dapat kat tengah bandar, silap-silap 5 minit je dari
tempat kerja.
Installment bulanan untuk loan rumah berharga
RM200,000 ni adalah RM1086. Kira DSR dulu.
·
Gaji bersih
= RM1,770
·
Komitmen
= RM869 (Instalment rumah yang nak dibeli) + RM150 (PTPTN) = RM1,019
·
DSR
= (Komitmen / Pendapatan Bersih)*100 = (RM1019 / RM1770)*100 = 57%
Untuk
pendapatan kurang daripada RM3000, ambil kira DSR untuk loan lepas adalah 50%.
Pendapatan lebih daripada tu baru 60%. Jadi perlukan pendapatan tambahan lagi
RM250 untuk jadikan DSR 50%.
Dengan
pendapatan tambahan RM250, kiraan DSR baru:
·
Gaji bersih
= RM1,770
·
Pendapatan
tambahan = RM250
·
Jumlah
pendapatan = RM2,020
·
Komitmen
= RM869 (Instalment rumah yang nak dibeli) + RM150 (PTPTN) = RM1,019
·
DSR
= (Komitmen / Pendapatan Bersih)*100 = (RM1019 / RM2020)*100 = 50%
Senang kan nak kira?
Lebih
penting lagi, kalau dah tahu kira DSR, dah boleh plan. Contoh untuk fresh
graduate yang baru dapat kerja dan nak beli rumah.
Dah
boleh cari rumah yang agak-agak mampu dibeli, dan buat kerja part time masa
hujung minggu dan lepas waktu kerja full-time.
Tak
perlu lama. 3-4 bulan atau sehingga 1-2 bulan selepas dapat surat confirmation.
Ikat perut. Kalau nak beli kereta, tangguh dulu.
Kalau saya boleh buat, kenapa bukan anda?
Dengan
cara ni, dalam tahun pertama bekerja walaupun gaji RM2,000 pun, boleh beli
rumah berharga lebih daripada RM150,000. Silap-silap, tak sampai 6 bulan
bekerja dah boleh beli.
Sumber : Gilahartanah
Ulasan
Catat Ulasan