Jangan beli rumah

JANGAN BELI RUMAH

Habis tu, tak perlu beli rumah ke?
Nak menyewa je sampai ke tua?
Bukan begitu. Melainkan anda nak beli duduk sendiri.
Kalun untuk pelaburan, Jangan beli kalau harga rumah tu bukanlah harga yang ideal atau ROI kurang 8%.

Harga yang ideal atau ROI sangat penting dalam menilai potensi pelaburan anda.



Sila lihat benchmark ini. Ini adalah benchmark yang neutral:

·         Sewa RM600 = nilai rumah RM120,000
·         Sewa RM800 = nilai rumah RM160,000
·         Sewa RM1,000 = nilai rumah RM200,000
·         Sewa RM1,200 = nilai rumah RM240,000
·         Sewa RM1,500 = nilai rumah RM300,000
·         Sewa RM2,000 = nilai rumah RM400,000
·         Sewa RM3,500 = nilai rumah RM700,000

Pandangan ke atas benchmark rental ni tak boleh digunapakai untuk kawasan yang matured, dan kepadatan penduduknya adalah mereka yang beli rumah untuk duduk sendiri (own occupancy).

Kalau anda ada kemampuan atas nilainya, membeli adalah yang terbaik dan potensi kenaikan harganya lebih jelas sebab bertujuan untuk guna sendiri.

Sebenarnya ada banyak pilihan rumah yang lain, yang mana lebih berpotensi untuk bina positive cash flow & lebih berpotensi untuk kenaikan harga.

Kadangkala anda nak beli rumah terutamanya untuk pelaburan, mungkin juga kerana anda memang mahu milikinya, anda tak boleh letakkan faktor positive cash flow pada rental dan mengharapkan kepada kenaikan harga dalam tempoh pendek & sederhana.

Tapi kalau anda beli memang untuk kegunaan sendiri, bersedia dengan komitmen atau berkemampuan, dan tak mengharapkan sebarang bentuk pulangan, abaikan tentang harga dan ROI  tu ye.

Kalau suka & mampu, tak salah untuk anda beli.


P/S: Boleh share sekiranya bermanfaat untuk anda & rakan-rakan anda.
Apa-apa pun, timbang poket sendiri dulu. Kalau belum mampu, tak salah menyewa dulu. Ada duit nanti, terus sapu. Habis cerita.


Sumber:GilaHartanah

Ulasan