o
Pasti ramai yang pernah bertembung dengan idea ni dalam fikiran.
Buat apa nak berkongsi untung dengan REN, kalau kita sendiri boleh jual rumah
tu?
o
Dengar je macam mudah. Tapi hakikatnya, tak semua orang mampu
buat.
o
Kadang-kadang, ada juga ejen hartanah yang otai hadapi masalah
masa nak menjual rumah. Apatah lagi kita yang takde pengalaman?
o
Ini ada 4 sebab kenapa disarankan korang dapatkan bantuan REN,
bila nak jual rumah.
#1: Ada perkara yang kita tak tahu.
Biasanya,
mereka yang cuba menjual rumah tanpa gunakan perkhidmatan ejen hartanah
berlesen berpotensi untuk gagal.
Walaupun
kita berada pada zaman informasi, tak semua maklumat yang kita dapat itu confirm tepat. Salah satu contoh seperti
nilai hartanah sesuatu kawasan.
Nak
dapatkan maklumat ni, bukan sekadar tengok harga rumah dalam Mudah.my
semata-mata.
Setiap
ejen hartanah berlesen ada akses kepada data ini, yang dijamin tepat dalam
menentukan nilai semasa rumah korang.
Senang
cerita, kalau kedekut sangat nak bayar untuk buat proses penilaian hartanah
secara formal, selagi itu korang tak akan tahu nilai sebenar rumah korang tu.
#2: Rumah anda tak dapat pendedahan yang baik dalam pasaran.
Mungkin
ramai yang perasan papan tanda “untuk dijual” kat depan rumah yang kosong.
Ini
antara salah satu bentuk pemasaran yang pemilik rumah suka buat.
Logiknya,
lebih ramai orang terdedah kepada iklan kita, lebih tinggi potensi untuk
dapatkan prospek yang berminat nak beli.
Nombor
ini pula mungkin mencecah ratusan. Tapi, tak semua akan bertukar jadi pembeli.
Ramai
pembeli lebih berminat membeli daripada REN, sebab ia lebih mudah dan terjamin.
REN amat
membantu untuk dapatkan pembeli yang kita mahukan. Pemasaran dalam laman web
hartanah third
party belum tentu lagi dapat
menjamin rumah korang dapat dijual.
Betul.
Korang pasti akan dapat panggilan daripada ramai orang. Tapi, berapa ramai yang
korang dapat convert jadi pembeli?
#3: Kurang pengalaman boleh buatkan korang rugi teruk.
Cuba
jawab soalan ini secara jujur.
Berapa
kali korang pernah uruskan proses jual beli rumah?
Bagi yang
baru terlibat dalam industri ni, korang pasti boleh kira bilangan ini guna
sebelah tangan saja.
Tak kira
sama ada korang terima hakikat ini atau tak, REN yang baik pasti ada kelebihan
ini. Mereka ada pengalaman yang lebih luas berbanding kita.
Dan dalam
pelaburan hartanah, selagi boleh, kita tak nak tersilap langkah. Sekali
tersilap, tak mustahil banyak duit kita boleh melebur.
Kenapa?
Sebab REN
yang baik sentiasa berusaha dan belajar untuk uruskan proses rundingan bagi
pihak klien mereka.
Mereka
akan mengkaji apa yang prospek (pembeli) mahukan, dan padankan dengan rumah
yang sesuai.
Bayangkan.
Kalau prospek (pembeli) yang kita jumpa lebih berpengalaman dalam bidang
hartanah berbanding kita, duit kita ada potensi untuk rugi beribu Ringgit.
Takut
dipongah je dengan pembeli nanti.
#4: Masa adalah wang.
Sebelum
korang nak jimatkan bayaran 3% bila gunakan khidmat ejen hartanah, kira dulu
berapa nilai masa korang dalam bentuk Ringgit.
Lepas tu,
kira pula anggaran masa yang korang perlukan untuk jual rumah itu.
Dan yakinlah,
ramai antara korang yang tak sanggup gunakan banyak masa sendiri untuk menjual
rumah tu.
Kalau
korang yang jenis hargai masa, Dicadangkan bayar saja 3% tu.
Baik lagi
korang gunakan masa korang tu untuk uruskan perkara lain yang lebih penting.
—
Betul.
Tak mustahil untuk pemilk rumah menjual rumah sendiri. Tapi, kan lebih baik
dapatkan bantuan orang yang lebih berpengalaman untuk mudahkan urusan jual
beli?
Pilihan
terletak atas tangan korang sendiri. Semoga perkongsian ini dapat bantu korang
buat keputusan yang baik.
Tekan link dibawah kalau anda nak kami bantu anda beli rumah secara PERCUMA.
Ya semuanya PERCUMA tanpa bayaran, kami bantu anda beli rumah dari A to Z.
Hubungi kami sekarang.......
Johan
0193286803
www.wasap.my/60193286803
Visit myhartamas.com for more info.
view here : www.edgeprop.my/agent/77056
view here : johanhartanah.agentweb.my/agent-listings
view here : www.mudah.my/johan-miftahuddin-kaizen-realty
view here : miftahuddin.iagent.my/
view here : www.propsocial.my/agent/Johan0193286803
Ya semuanya PERCUMA tanpa bayaran, kami bantu anda beli rumah dari A to Z.
Hubungi kami sekarang.......
Johan
0193286803
www.wasap.my/60193286803
Visit myhartamas.com for more info.
view here : www.edgeprop.my/agent/77056
view here : johanhartanah.agentweb.my/agent-listings
view here : www.mudah.my/johan-miftahuddin-kaizen-realty
view here : miftahuddin.iagent.my/
view here : www.propsocial.my/agent/Johan0193286803
Sumber:gilahartanah
#hartanahemas, Apartmen., Bank Negara, Beli Rumah, CCRIS, CTOS, Hartanah Emas Malaysia, Jual Rumah, loan rumah, orang muda, pinjaman bank, rumah mampu milik, rumah murah, Subsale, tips beli rumah,
#hartanahemas, Apartmen., Bank Negara, Beli Rumah, CCRIS, CTOS, Hartanah Emas Malaysia, Jual Rumah, loan rumah, orang muda, pinjaman bank, rumah mampu milik, rumah murah, Subsale, tips beli rumah,
Ulasan
Catat Ulasan