“BANK APA PALING BAGUS UNTUK BUAT HOME FINANCING?
MESTI KITA NAK YANG INTEREST PALING RENDAH KAN.”
Lagi satu, orang pilih home financing bukan tengok bank profit/interest yang paling rendah saja. Banyak lagi faktor
lain yang anda kena tau.
Ikut pengalaman, lebih baik
hantar lebih daripada 2 permohonan kepada bank yang berbeza. Risau berharap
sangat kat 1 bank je. Kalau tak lepas bank tu, ada back up daripada
bank yang lain.
Selain tu, tujuannya supaya
kita dapat memilih bank yang menawarkan pakej terbaik mengikut citarasa dan
matlamat pelaburan kita.
Antara 6 perkara yang perlu
kita perhatikan masa nak pilih pakej pembiayaan yang sesuai untuk rumah kita.
Ada lagi faktor lain, tapi dah dapat 6 ni cukuplah ya.
1. Tempoh
pembiayaan maksimum.
Kalau muda-muda lagi, boleh
dapat tempoh pembiayaan maksimum 35 tahun.
Pilih yang maksimum supaya
bayar balik bulanan jadi rendah.
Kadar sewa nanti boleh
menampung bayaran balik bulanan dan dapat aliran tunai positif.
Inilah salah satu sebab yang
memotivasikan kita untuk beli rumah banyak-banyak di kala usia masih remaja.
Kalau umur 40 tahun, dapat 30
tahun saja pembiayaan. Cara kiranya begini, 70 – 40 = 30.
2. Kadar
keuntungan bank terendah.
Lagi rendah keuntungan bank,
lagi baguslah sebab bayar balik bulanan mestilah lagi rendah.
Ada bank yang pakai kiraan
“lagi mahal harga rumah, lagi rendah keuntungan bank”. Tapi masih ambil
kira skoring dari banker.
Kalau kita dikategorikan
sebagai high risk
applicant, besar kemungkinan kadar keuntungan bank tu akan tinggi jugak.
3. Tiada lock in period.
Biasanya pembiayaan Islamik
memang tiada lock in
period. Jadi, tiada halangan daripada pihak bank untuk kita jual
semula rumah kita bila-bila masa.
Contohnya kalau kita ambil yang
5 tahun lock in
period, jadi kita tak boleh jual rumah kita dalam tempoh masa tersebut
melainkan kita rela membayar penalti kepada pihak bank.
No lock in period sesuai untuk flipper. Kalau
nak duduk sendiri rumah tu, tak payah kisah sangatlah.
4.
Fleksibel.
Fleksibel yang paling best!!
Sebab bila-bila masa kita ada
duit lebih, kita boleh bayar lebih kepada bank untuk memendekkan tempoh
pembiayaan.
Kalau jenis term, hanya
boleh diselesaikan dengan full
settlement sahaja.
Kalau setiap bulan anda bayar
lebih daripada jumlah sebenar sekalipun, ia dikira sebagai advance payment.
Selain itu, wujud juga yang
jenis separa fleksibel.
5. Margin
pembiayaan maksimum.
Untuk pembiayaan rumah pertama
dan kedua, biasanya bank akan bagi 90% margin of
financing (MOF).
Lagi 10% kena sediakan
sendirilah. Tapi masih bergantung kepada skoring tahap kewangan kita.
Kalau kita high risk applicant,
mungkin hanya dapat 80% atau mungkin permohonan kena tolak.
Untuk pembiayaan rumah ketiga
dan berikutnya bank akan bagi 70% MOF sahaja. Harap maklum.
Pembeli rumah pertama boleh
mencuba nasib untuk dapatkan 100% MOF.
6.
Pembiayaan Islamik. WAJIB!!
Tak perlu dipertikaikan lagi,
kita sebagai orang Islam MESTI ambil pembiayaan Islamik lah berbanding pinjaman
konvensional.
Sebab kita kan orang Islam.
Sebaik mungkin, jika ada pilihan, kita perlu pilih yang patuh syariah.
Kalau bab makanan, kita boleh
pilih yang halal, kenapa tidak masa nak beli rumah, kan. Wajib tau. Jangan
mengelat!!
Pilih
yang terbaik.
Sejujurnya memang susah nak
dapat pakej yang menepati semua 6 poin di atas. Kalau tak dapat semua, dapat
menepati beberapa poin pun jadilah.
Sama macam nak memilih
pasangan. Kalau boleh, semua nak ciri-ciri yang top-top. Nak yang cantik, kaya,
berpelajaran tinggi, banyak rumah, pandai masak, ada sifat keibuan.
Tapi akhirnya, kita akan pilih
yang paling setia juga. Sebab yang tak setia, tak kekal lama.
“LAGIPUN, BILA KITA CERMIN DIRI SENDIRI, KITA TAK
LAYAK PUN DAPAT CIRI TOP-TOP TU SEBAB KITA SENDIRI TAK TOP SANGAT PUN.”
Sumber : Gilahartanah
#hartanahemas, Apartmen., Bank Negara, Beli Rumah, cara beli rumah, CCRIS, CTOS, Hartanah Emas Malaysia, Jual Rumah, loan rumah, pinjaman bank, Subsale,
#hartanahemas, Apartmen., Bank Negara, Beli Rumah, cara beli rumah, CCRIS, CTOS, Hartanah Emas Malaysia, Jual Rumah, loan rumah, pinjaman bank, Subsale,
Ulasan
Catat Ulasan