Hartanah lelong menjadi salah satu cara yang lumayan untuk mengambil alih aset di bawah nama anda. Harga hartanah lelong biasanya lebih rendah daripada harga pasaran dan berpotensi menjadi pembelian yang berbaloi. Walau bagaimanapun, tiada satu pun pelaburan yang bebas daripada risiko, jadi anda harus sedar akan perangkap yang mungkin wujud sekiranya anda ingin membeli hartanah lelong. Mari kita lihat beberapa contoh yang berkaitan.
1. Proses
Kelayakan
Anda mestilah berumur sekurang-kurangnya 18 tahun untuk layak membeli
rumah lelong.
Proses
Anda boleh mendaftar sebelum atau pada hari lelongan. Anda perlu
menyediakan cek juruwang atau bank draf bersamaan dengan 5% (lelongan Loan
Agreement Cum Assignment-LACA) atau 10% (Bukan lelongan LACA) daripada harga
simpanan hartanah yang anda ingin bida. Anda harus tiba 30 minit sebelum
lelongan jika anda bercadang untuk berdaftar pada hari lelongan.
Selepas pendaftaran anda boleh mula membida hartanah yang anda ingin
beli. Jangan bersikap terburu-buru dan membida lebih daripada had awal
tetapkan.
Pembida yang menang perlu menandatangani Kontrak Jualan dan
membayar 5% atau 10% daripada harga tawaran terakhir terdahulu, dan
selesaikan baki dalam tempoh masa yang tertentu (biasanya dalam 3 bulan).
Dalam kebanyakan kes, jumlah tersebut lebih besar daripada deposit
berdasarkan harga simpanan, jadi bawalah bersama-sama buku cek anda dan
bersedia untuk membayar lebih.
2. Kebaikan
Faktor utama yang menggalakkan pembeli untuk membeli hartanah lelong
ialah harga yang lebih murah daripada harga pasaran. Pembeli berpeluang
menjimatkan sehingga 20% daripada harga pasaran. Terdapat kes-kes di mana
hartanah tidak mempunyai harga simpanan (harga reserve), dan tawaran tertinggi
akan memenangi bidaan. Jika bidaan tersebut menghadapi sedikit persaingan
sahaja, anda akan mempunyai peluang yang lebih besar untuk memenangi bidaan
tersebut.
Kelebihan kedua ialah anda dapat memiliki harta yang dengan cepat kerana
kebanyakan prosedur seperti penilaian biasanya telah dilakukan. Selain itu,
selepas perjanjian ditandatangani, kedua-dua pihak secara kuatkuasa
undang-undang terikat untuk menjalankan transaksi, justeru menghalang penjual
daripada menerima tawaran yang lebih tinggi daripada pihak lain pada masa
hadapan.
3. Keburukan
Ketidakpastian
Pembida biasanya tidak dibenarkan untuk melihat bahagian dalaman
bangunan. Pemilik baru berisiko menanggung sejumlah wang yang besar untuk
membaiki kerosakan yang ditinggalkan oleh pemilik sebelumnya.
Bayaran Tidak Dijelas
Bil utiliti, cukai dan penyelenggaraan yang tertunggak biasanya akan
ditanggung oleh pemilik baru. Inilah sebabnya kita tidak menggalakkan pembeli
untuk membida lebih daripada had toleransi awal mereka; untuk meletakkan
sebahagian wang sebagai persediaan untuk membiayai kerosakan dan apa-apa yuran
tertunggak.
Rumah Berpenghuni
Memandangkan hartanah lelong tidak dijamin dengan kekosongan penghuni,
rumah itu mungkin diduduki (oleh pemilik sebelumnya atau penyewa). Setelah
pembelian itu dilakukan, masalah-masalah ini menjadi tanggungjawab anda.
4. Panduan dan tip
Terdapat beberapa tips asas yang anda boleh lakukan untuk menghindari
atau mengatasi masalah jika anda berminat untuk membeli hartanah lelong.
- Periksa hartanah tersebut terlebih dahulu
dengan memperhatikan keadaan luar hartanah itu dan lihat sama ada terdapat
penghuni yang menduduki rumah itu. Jika boleh, minta kebenaran penghuni
tersebut (jika ada) untuk melihat bahagian dalamam rumah itu, atau minta
jiran rumah yang mempunyai susun atur yang sama untuk menunjukkan
rumah mereka (bersedia untuk menerima layanan yang kurang mesra). Cuba
gali maklumat daripada jiran-jiran tentang sifat pemilik sebelumnya.
- Buat pertanyaan kepada pejabat pengurusan
untuk mengetahui yuran penyelenggaraan tertunggak. Pendedahan maklumat
daripada pihak pengurusan tidak sukar kerana mereka biasanya
mengalu-alukan orang yang berpotensi menjadi bakal pemilik untuk
menjelaskan yuran lewat tersebut.
Kesimpulan
Selain daripada
ketidaktentuan yang tersembunyi, pembeli hartanah lelong juga menghadapi
cabaran yang sama seperti mana-mana pembeli rumah seperti masalah mendapatkan pinjaman perumahan,
penilaian yang lebih rendah dan kos pendahuluan yang lebih tinggi. Kami
menggalakkan pembeli untuk menjalankan kajian secara menyeluruh sebelum membuat
keputusan sama ada kelebihan membeli hartanah lelong melebihi masalah yang
mungkin timbul. Selain itu, mencari keuntungan melalui cara “flipping”
dalam hartanah lelong biasanya merupakan aktiviti untuk pelabur berpengalaman
dan bukannya untuk pembeli rumah kali pertama. Jadi fikirlah masak-masak
sebelum mengambil keputusan.
Sumber:Loanstreet
#hartanahemas, Apartmen., Bank Negara, Beli Rumah, CCRIS, CTOS, Hartanah Emas Malaysia, Jual Rumah, loan rumah, pinjaman bank, Subsale,
#hartanahemas, Apartmen., Bank Negara, Beli Rumah, CCRIS, CTOS, Hartanah Emas Malaysia, Jual Rumah, loan rumah, pinjaman bank, Subsale,
Ulasan
Catat Ulasan