“Lebih 50% Orang Yang Memohon Tak Lepas Untuk Buat Pinjaman Rumah.”
Data
ini berdasarkan statistik pada tahun 2015. Tinggi kan?
Bermakna,
semakin ramai orang yang tak lepas untuk memohon loan rumah.
Disini
ada perkongsian super-best tentang loan rumah yang anda patut tahu.
Baru bank senang hati nak luluskan permohonan anda tu.
1: DSR bukan penentu mutlak anda layak meminjam atau tak
Buat
yang tak tahu apa tu DSR, berikut adalah penjelasan pendek dan mudah untuk anda
fahamkan kat bawah ni
“DSR
merupakan pengiraan komitmen kita setiap bulan (hutang, ansuran kereta/rumah,
dan lain-lain yang berkaitan) dibandingkan dengan pendapatan kita setiap bulan.”
“pendek
kata, DSR adalah peraturan yang bank negara tetapkan untuk menetapkan berapa
banyak hutang yang kita boleh ada.” –pakdi.net
Semakin
tinggi DSR anda, bermakna sebahagian besar pendapatan bulanan tu, anda gunakan
untuk membayar segala hutang-piutang yang ada.
Kalau
dah terlampau banyak sangat hutang, bank takkan senang-senang bagi anda buat
loan baru.
Formula
kiraan DSR adalah seperti berikut:
·
DSR = (Hutang yang ada / pendapatan
bulanan) X 100
Ada apa dengan DSR?
Banyak
bank yang menghadkan kadar DSR pada 65%.
Tapi,
ada juga kes pemohon yang melebihi kadar DSR yang dah ditetapkan ni, lulus
permohonan loan rumah.
Kalau
nak benda ni jadi, anda boleh je dapatkan bantuan pegawai gadai janji (mortgage
officer) yang berpengalaman.
Secara
mudahnya, bank bekerja dengan logik ini:
“Adakah
kita akan luluskan pinjaman dengan bayaran asuran rm4,900 sebulan, untuk
pemohon yang mempunyai pendapatan bersih sebanyak rm5,000 sebulan?”
Mungkin
jawapan anda adalah “tidak.” Sama juga dengan bank.
Bank
akan tentukan kelulusan pinjaman berdasarkan keupayaan pembayaran balik yang anda
mampu.
Apa yang anda boleh buat?
Sentiasa
kira dulu DSR anda sebelum buat permohonan kat mana-mana bank. Anda boleh kira
pakai kalkulator gadai janji (mortgage calculator).
2: Mungkin salah penjual, bukan salah anda
Adakah
penjual rumah (yang anda nak beli tu) diisytihar bankrap, atau sedang dibawah
prosiding undang-undang?
Di
bawah undang-undang Malaysia, hartanah empunya penjual itu tak boleh dijual
atau dibeli.
Bermakna,
bank takkan luluskan permohonan pinjaman anda kalau ada berlaku kes macam ni.
Apa yang anda boleh buat?
Anda
boleh semak status penjual di Jabatan Insolvensi Malaysia di Putrajaya.
Malas
nak ke sana? Boleh je kalau anda nak check secara online.
3: Bank ada senarai blacklist yang tersendiri
Setiap
bank ada simpan senarai hitam pemaju-pemaju yang bermasalah.
Antara
punca mereka disenarai hitamkan adalah sebab ada kes mahkamah yang belum
selesai, projek kelolaan mereka sebelum ini gagal dibangunkan, atau lain-lain
sebab yang berkaitan.
Dan
senarai ini berbeza daripada bank ke bank.
Apa yang anda boleh buat?
Sentiasa
cari dan beli hartanah daripada pemaju yang berkaliber (ada nama), dengan
reputasi yang baik.
4: Bank ada lagi senarai hitam yang lain?
Ada.
Sama seperti yang kat atas ni tadi, setiap bank juga ada senarai hitam beberapa
hartanah yang mereka susah nak bagi pinjaman.
Antara
faktor yang buatkan bank susah nak bagi loan adalah:
·
kejadian tanah runtuh yang kerap berlaku dalam
sesuatu kawasan tu,
·
hartanah yang terdedah kepada bencana banjir,
·
hartanah yang terletak bawah wayar bervoltan
tinggi,
·
hartanah yang tak dapat hakmilik strata selepas
tempoh 10 tahun, dan sebagainya.
·
Apa yang anda boleh buat?
Yang
ni, anda boleh tanya kat bank apa kriteria yang mereka tetapkan, dan beli
hartanah yang tak tergolong dalam kriteria tu.
5: Mungkin anda pernah terkantoi bayar loan
Setiap
kali anda nak buat permohonan, bank akan semak rekod anda melalui CCRIS.
Laporan
CCRIS anda tu akan mencerminkan sejarah pembayaran balik pinjaman selama tempoh
12 bulan yang lalu.
Laporan
ni termasuk mana-mana pinjaman rumah atau hartanah komersial, pinjaman kereta,
kad kredit, dan juga pinjaman peribadi.
Kalau
pembayaran balik pinjaman anda tak cantik, kemungkinan besar permohonan
pinjaman anda akan ditolak.
Apa yang anda boleh buat?
Cetak
laporan CCRIS anda. Dan buat apa yang perlu untuk cantikkan balik laporan ni,
sebelum anda buat sebarang permohonan pinjaman rumah.
6: Bank lebih bijak daripada anda
Kalau
ada niat sebesar kuman nak palsukan dokumen kewangan anda sebab nak senang
lulus loan, baik anda lupakan niat tak bersih anda tu.
Sebab
memang takkan lepas punya. Kalau lepas pun, kejap je. Lepas tu mesti anda terkena
balik dengan bank.
Dah
ada banyak kes macam ni, dan semua kes menyusahkan hidup sang pemohon yang
fikir mereka ni dah cukup pandai nak menipu bank.
Kalau
anda didapati bersalah, pinjaman anda akan ditolak dan ada potensi besar untuk
berakhir sebagai kes polis.
Apa yang anda boleh buat?
Sentiasa
sediakan dokumen yang tulen dan sah saja.
7: Elak beli hartanah leasehold yang tempoh pegangan kurang 60
tahun
Hartanah
jenis pajakan (leasehold) akan berkurang tempoh pegangan tahun demi
tahun.
Bank
melihat perkara ni sebagai satu risiko tinggi dan mungkin akan menolak
permohonan anda.
Apa yang anda boleh buat?
Kalau
anda nak beli juga, beli hartanah leasehold yang ada lebih 60 tempoh pegangan. Bawah
tu, tak digalakkan anda beli.
Selain
tu, sentiasa beli hartanah berstatus ni sama seperti membeli hartanah freehold(pegangan bebas) dengan strategi yang
sama.
Contohnya,
faktor lokasi dan sebagainya.
8: Takde bukti pendapatan yang kukuh
Anda
seorang jutawan, atau bilionaire? Tapi gagal sediakan bukti pendapatan?
Tak
payah bermimpi untuk bank luluskan permohonan anda tu.
Apa yang anda boleh buat?
Sediakan
bukti pendapatan yang kukuh seperti penyata cukai pendapatan, penyata KWSP, dan
juga penyata bank semasa nak buat loan.
9: Loan tak lepas? Cuba bank lain pula
Setiap
bank ada kriteria dan toleransi yang berbeza dalam meluluskan setiap permohonan.
Sebagai
contoh, pendapatan anda berpunca 100% daripada komisyen (commision-based),
dan tak banyak bank yang akan luluskan permohonan seperti ni.
Dan
ingat ya, dunia masih belum berakhir kalau sesebuah bank tu menolak pinjaman anda.
Boleh je cuba apply kat bank lain.
Silap-silap,
anda dapat tawaran yang lebih baik berbanding bank yang anda pohon tadi tu.
Apa yang anda boleh buat?
Cari
sebab kenapa pinjaman anda ditolak. Lepas tu, baru apply kat bank lain.
Bila
dah tahu sebab kenapa pinjaman anda ditolak, anda takkan buat lagi benda yang
sama.
Dan
bila memohon kat bank lain, peluang loan anda lulus boleh jadi amat cerah.
Masa
ni, khidmat seorang pegawai gadai janji yang berpengalaman amat membantu.
10: Anda dibenci pegawai gadai janji
Okay,
saja je buat headline ni sebab nak tarik perhatian anda dan
baca artikel ni sampai habis.
Tapi,
tajuk ni ada kebenaran ya. Bukan seperti yang diatas, tapi sebaliknya.
Yang
dimaksudkan, pegawai tu mungkin tak ada banyak pengalaman uruskan hal pinjaman
rumah sehingga lulus.
Ada
banyak je kes-kes pinjaman yang ditolak (yang dibuat oleh pegawai newbie) dapat kelulusan, apabila pegawai yang otai ambil alih kes
anda.
Apa yang anda boleh buat?
Cari
pegawai gadai janji yang berpengalaman untuk membuat permohonan pinjaman bagi
pihak anda.
Ada
sebab kuat kenapa mereka boleh usahakan sampai loan anda lulus, berbanding
kalau anda gunakan khidmat pegawai yang
baru bekerja.
Pengalaman
mereka selama ini memainkan peranan penting untuk pastikan loan anda senang
lulus.
KEYWORDS CLOUD
hartanah emas malaysia pelaburan hartanah anda bermula disini pelaburan andabermula disini home tips hartanah untuk dijual hartanah emas malaysia propsocial about us 24oktober 2016 apa yang mungkin anda tak tahu pasal loan rumah lebih 50 orangyang memohon tak lepas untuk buat pinjaman rumah data ini berdasarkan statistikpada tahun 2015 tinggi kan bermakna semakin ramai orang yang tak lepas untuk memohon loanrumah disini ada perkongsian super-best tentang loan rumah yang anda patut tahu barubank senang hati nak luluskan permohonan anda tu 1 dsr bukan penentu mutlak anda layakmeminjam atau tak buat yang tak tahu apa tu dsr berikut adalah penjelasan pendek dan mudahuntuk anda fahamkan kat bawah ni dsr merupakan pengiraan komitmen kita setiap bulan hutang ansuran keretarumah dan lain-lain yang berkaitan dibandingkan dengan pendapatan kita setiap bulan pendekkata dsr adalah peraturan yang bank negara tetapkan untuk menetapkan berapa banyak hutangyang kita boleh ada pakdi net semakin tinggi dsr anda bermakna sebahagian besar pendapatanbulanan tu anda gunakan untuk membayar segala hutang-piutang yang ada kalau dah terlampaubanyak sangat hutang bank takkan senang-senang bagi anda buat loan baru formula kiraan dsradalah seperti berikut dsr hutang yang ada pendapatan bulanan x 100 ada apa dengandsr
-Kredit Gilahartanah
Ulasan
Catat Ulasan