3 jenis loan untuk beli rumah
Sebelum membeli rumah,
bagus untuk kita kaji dan kenal pasti dulu jenis-jenis loan yang ada.
Secara
asas, kat Malaysia ni ada 3 jenis loan rumah yang biasa digunakan.
Jenis
pinjaman yang dimaksudkan adalah basic term, semi-flexi, dan juga full-Flexi.
Mesti anda pernah dengar, kan?
Buat
yang dah tahu pula, jom kita ulangkaji topik ni. Kasi refresh bro.
Cerita dulu-dulu – Basic Term Loan
Ini
adalah satu jenis pinjaman yang datang dengan jadual bayaran balik yang tetap,
di mana ansuran bulanan yang anda bayar akan sentiasa sama sepanjang tempoh
pinjaman keseluruhan.
Secara
umum, pinjaman ketegori ni tak membenarkan anda (atau mungkin sukar untuk anda
buat) kurangkan kadar faedah dengan membayar ansuran pendahuluan.
Maksudnya,
kalau anda bayar awal sekalipun, bank susah nak kurangkan kadar interest yang
dah ditetapkan.
Apa-apa
bayaran tambahan yang anda buat tu, bank akan kira sebagai pra-pembayaran untuk
bayaran ansuran rumah untuk masa depan.
Dan ini
tak berikan sebarang kesan kat kadar faedah pinjaman itu sendiri, Bermakna, anda
tetap kena bayar ansuran bulanan pada kadar yang sama.
Tapi, anda
boleh je memohon kat bank untuk ubah perkara ni. Lulus atau tak lulus tu,
terpulang kat budi bicara bank.
Dulu-dulu,
pinjaman jenis ni adalah pinjaman yang pembeli rumah kat Malaysia gunakan. Tapi
sekarang, ada jenis loan rumah yang lebih fleksible berbanding basic
term loan ni.
Kenapa boleh pilih semi-flexi loan?
Pinjaman
jenis ni pula lengkap dengan kemudahan yang membolehkan peminjam buat bayaran
pendahuluan, untuk kurangkan faedah pinjaman tanpa perlu membuat sebarang
permohonan rasmi kat bank.
Apa-apa
jumlah pembayaran tambahan yang anda buat setiap bulan, secara automatik akan
mengubah kadar faedah asal untuk pinjaman rumah yang anda buat.
Dan kalau anda nak
gunakan duit, anda boleh buat permohonan dengan pihak bank untuk dapatkan balik
bayaran tambahan yang dibuat.
Cuma,
proses ini tak percuma. Mungkin anda akan kena caj sekitar RM50 hingga RM100,
bergantung kat bank mana yang anda pinjam.
Kalau
nak dibandingkan dengan pinjaman rumah full-flexi, pinjaman
rumah jenis ini dianggap sebagai pilihan terbaik buat peminjam yang mempunyai
lebihan wang tunai, dan juga pendapatan yang fleksibel.
Ini
sebab potensi skim ini untuk mengurangkan faedah pnjaman yang ada.
Apa pula - full-flexi loan?
Pinjaman
rumah full-flexi (atau “pinjaman flexi”)
mengambil konsep pembayaran yang fleksibel ke peringkat seterusnya.
Loan
jenis ni membenarkan peminjam membuat bayaran pendahuluan untuk kurangkan
faedah pinjaman.
Pada
masa yang sama, membenarkan peminjam keluarkan bayaran tambahan yang dibuat
pada bila-bila masa yang mereka suka, tanpa sebarang prosedur yang memakan masa
atau caj tambahan.
Dalam
pakej flexi biasa, anda akan dapat satu akaun
pinjaman yang dikaitkan dengan akaun semasa, serta dengan sebuah buku cek.
Setiap
bulan, ansuran pinjaman ini akan ditolak secara automatik daripada akaun
semasa, dan dibayar kat akaun bank yang anda buat pinjaman.
Dengan
membuat deposit tambahan ke dalam akaun bank tu, anda boleh mengimbangi jumlah
pinjaman prinsipal, dan mengurangkan kadar faedah pinjaman pada masa yang sama.
Contoh yang bantu anda lebih faham
Katakan,
anda buat pinjaman jenis ini (full-flexi)
sebanyak RM300,000. Dan anda pula, dah deposit RM100,000 ke dalam akaun semasa
yang berkait dengan bank yang anda buat pinjaman.
Kadar
fedah pinjaman anda akan berdasarkan jumlah ni:
·
RM300,000 – RM100,000 = RM200,000.
Sama
juga macam semi-flexi loan, anda boleh keluarkan bayaran
tambahan yang dibuat dengan menulis jumlah dalam buku cek yang diberikan.
Proses
ni adalah lebih mudah, sebab anda tak payah buat sebarang pemohonan kat bank,
seperti pinjaman semi-flexi tadi.
Cuma,
kebanyakan pinjaman jenis ini datang dengan yuran bulanan tetap (biasanya RM10
sebulan) untuk mengekalkan akaun semasa.
Bermakna,
mungkin anda kena menilai semula komitmen kewangan untuk kemudahan pinjaman ini
sebelum anda buat keputusan.
—
Untuk
pembeli rumah pada masa kini, biasanya orang akan pilih antara semi-flexi dan full-flexi atas sebab fleksibiliti pembayaran
balik yang disediakan bank. bergantung pada kemampuan seseorang untuk buat bayaran balik kepada bank.
Tapi
kalau anda takde sebarang wang tunai tambahan untuk perkara ni, boleh je
dapatkan basic
term loan. Apa-apa pun anda yang keluarkan duit dr kocek anda untuk
tanggung loan ye…
kredit Gilahartanah
Ulasan
Catat Ulasan