Cara berunding untuk dapat sewa rumah lebih murah



1: Bersemuka dengan pemilik rumah

Berunding secara in-person adalah cara terbaik untuk hasil yang paling ohsem dan positif, kalau nak dibandingkan dengan perbualan telefon atau pertukaran emel.
Cuba untuk jumpa sendiri dengan tuan rumah dan tunjukkan yang anda betul berminat untuk menyewa. First Impression itu penting.
Bila dah jumpa tu, cuba mulakan perbualan secara mesra dan sopan Jangan pula terus terjah minta kurangkan sewa rumah.
Boleh je mulakan dengan cakap yang anda suka rumah tu dan puji sikit yang rumah tu cantik.
Dari situ, anda cakaplah yang anda jumpa rumah sewa yang lagi murah dan kalau boleh anda tak nak pindah dan tinggal di rumah yang sama tu.
Ingat, kunci utamanya adalah rundingan yang sopan dan mesra bukannya meminta-minta atau bergaduh.

2: Sentiasa bersifat realistik

Permintaan realistik sangat penting dalam proses rundingan. Buat research dulu pasal kadar sewa untuk hartanah yang sama dalam kawasan yang berdekatan.
Jangan la nanti bila berunding anda bagi jumlah yang tak masuk akal pulak. Cuba cari jumlah yang berpatutan yang anda rasa sesuai.
Boleh jugak buat macam ni kalau anda ada banyak tunai. Buat bayaran advance untuk beberapa bulan untuk tukaran kadar sewa yang lebih rendah.

3: Kekalkan imej yang baik

Tunjukkan kepada tuan rumah anda, yang selain berbudi bahasa dan elok rupa, anda juga seorang penyewa yang boleh diharap.
Ingatkan tuan rumah yang anda selalu bayar sewa tepat pada masanya, jaga rumah kemas dan bersih, baik dengan jiran dan sebagainya.
Selalunya kalau lengkap semua ciri ni, tak ada masalah untuk anda berunding untuk dapatlan sewa yang lebih rendah.

4: Tunjukkan yang rumah tu perlukan pembaikan

Cara lain yang anda boleh guna adalah untuk menerangkan kepada tuan rumah sebarang kerosakan yang ada pada rumah tersebut.
Anda jugak boleh offer diri untuk gantikan atau repair kerosakan tu sendiri untuk kadar sewa yang lebih rendah.
Dalam rundingan macam ni, jangan pulak anda ambik kesempatan dan mintak kurangkan lebih-lebih. Fikir secara rasional jumlah yang berpatutan.

5: Teruskan mencari

Dah guna semua taktik yang disarankan? Tapi masih tak boleh nak dapat kadar sewa yang rendah?
Jangan bimbang dan berputus asa, cuba cari rumah yang lain dan buat rundingan, In Shaa Allah dengan ketabahan yang tinggi, anda akan jumpa.
Ingat, rundingan yang baik bergantung dengan pengetahuan anda dalam pasaran rumah sewa dan juga anda punya skil dalam rundingan.
Harga sewa memang boleh minta kurang. Janji anda buat apa yang perlu dibuat.

Dalam apa-apa perkara pun, kalau anda minta atau cakap elok-elok dengan pihak ke-2, tak mustahil mereka tak kisah nak bantu kita.

sumber Gilahartanah

buku bukan fiksyen cerpen novel 5 tips mudah cari rumah sewa izham alias 09 59 izhamalias setelah berpindah aku ingin menceritakan tip mencari rumah sewa di kajang ini konsep iniboleh digunapakai oleh semua orang yang ingin cari rumah sewa mudah cari rumahsewa kajang putrajaya perkara pertama yang perlu kita tahu adalah tempat atau kawasan yangingin kita tinggal menyewa dengan ada kemajuan teknologi gunakan lah google map dalam pencarian kita tu takperlu nak susah-susah turun padang dahulu selepas sudah dapat pandangan lebar kawasan-kawasan yang hendak kitamenyewa barulah kita turun padang ini 5 tip mudah cari rumah sewa yang akudapat kongsikan 1 cari di mudah my laman web cari rumah sewa yang popular tentunyamudah my ini cara paling mudah sama macam nama website mudah my ini kalau naktinggal di area kajang ni aku memang dah target harga sewa sekitar rm500 sehingga rm1500 nasib baik fungsi dimudah my ini boleh saring harga mudah cari rumah sewa ini cara aku saringmaklumat semasa mencari di mudah my 1 pilih negeri mana kita nak menyewa 2 tetapkan sewa 3 hargamaksimum yang mampu kita tanggung 4 tempat spesifik kita mahu sewa tak mahal ke kalau rumahsewa lebih rm1500 pembaca oi meh baca post aku pasal cari rumah sewa area kajang kalaudapat pemilik melayu memang senang nak urusniaga boleh kawtim kalau pemilik bukan melayu aku tak beranijamin lagipun aku tiada pengalaman pasal ni jadi kalau pembaca ada pengalaman deal dengan mereka rajin-rajinlahkomen dekat artikel ni 2 pusing keliling taman ini cara lama kita sudah dapat tahu taman mana nak tinggalsewa kita pergi tengok tengok kalau ada rumah kosong antara ciri-ciri rumah kosong yangmungkin boleh sewa adalah seperti 1 lalang dan segala macam rumput tumbuh 2 tiada kenderaan di hadapan rumah 3cermin tingkap sah sah berhabuk jadi kalau sudah jumpa rumah kosong yang memenuhi ciri-ciri di atas rajinkan diribertanya jiran sebelah kiri kanan depan dan belakang rumah kosong tersebut tanya dengan memperkenalkan dirisiapa pekerjaan kita dan matlamat kita bertanya insya-allah jiran-jiran tak anggap kita penyangak dan dengansenang hati memberi nombor telefon empunya rumah kosong sila pergi waktu selepas orang balik kerja atau hujung minggujika tak alamatnya kita gagal untuk mendapat maklumat lanjut tuan rumah kenderaan pula biarlah yangmenjimatkan tentulah membonceng motorsikal lebih menjimatkan berbanding kita memandu honda civic 3 solat maghrib isyak di surausetelah penat berjalan-jalan di taman itu jangan lupa singgah surau solat tip ini aku dapat oleh kawanaku yang sentiasa mencari rumah sewa ketika dia bergelar bujang yelah asyik pindah randah sahaja katanyapaling mudah nak mencari rumah sewa dengan bertanya kariah masjid atau surau mereka

Ulasan