Benda penting yang bank tengok untuk lepas loan rumah


“Apa proses paling leceh (tapi penting gila) bila nak membeli rumah?”


Dah tentu hal yang melibatkan proses nak dapatkan loan rumah. Selalunya ramai sangat yang kantoi bab ni.
Bank tak senang-senang bagi loan macam masa dulu. Sekarang ni, silap sikit je, alamat memang tak lepas la permohonan loan anda tu.

Rumah dan loan – Bagai aur dengan tebing

Dalam pelaburan hartanah (tak kira hartanah under construction, subsale, atau lelong), pembiayaan bank adalah satu komponen yang amat penting.
Boleh kata, loan bank dan pelaburan hartanah seperti “aur dengan tebing.” Susah untuk kita pisahkan.
Sebab tu, penting untuk kita fahamkan cara-cara tingkatkan potensi bank luluskan pemohonan loan rumah kita.

1: Jaga betul-betul jumlah simpanan anda dalam bank

Bank suka kalau anda ada duit simpanan (savings) yang cukup.
Tapi, apa maksud sebenar ayat “cukup” tu?
Paling kurang, anda kena ada simpanan selama 6 bulan untuk bayar installment rumah dalam akaun tu.
Bertambah-tambah cun, anda dah siap-siap simpan 1 tahun punya duit installment. Nak lagi power? anda simpan duit untuk bayar installment untuk tempoh 3 tahun.
Anda juga boleh attach-kan buku Tabung Haji atau ASB (yang dah update) atau akaun simpanan selain daripada bank yang anda apply tu.

2: Pastikan ada duit dalam akaun bank setiap kali hujung bulan

Anda boleh pastikan ada sufficient balance (baki yang mencukupi) sementara anda tunggu gaji bulan depan masuk.
Apa yang saya maksudkan dengan suffiecient ni?
Katakan, esok gaji anda masuk. Duit simpanan yang patut ada dalam akaun anda tak kurang daripada RM50.
Jangan pulak lagi 15 hari nak masuk gaji baru, dah tinggal RM12.38 dalam akaun. Memang sedih dan haru. Yang ni, bank memang susah nak approve loan yang anda apply.
Kalau anda g asingkan duit tu dekat akaun yang lain, boleh je attach-kan sekali dalam satu dokumen dan bagi banker tengok.

3: Cara guna kad kredit supaya bank senang hati bagi loan rumah dekat anda

Ini antara tip yang patut semua orang amalkan sebelum memohon loan rumah dekat bank.
Pertama, elakkan guna kad kredit sehingga cecah 70% credit limit. Lagi rendah anda guna, lagi bagus. Dan bank cukup suka kalau anda jaga part ni baik-baik.
Kat sini, bank akan tengok cara anda gunakan kad kredit dan pastikan sama ada anda pengguna yang berhemah atau sebaliknya.
Yang ke-2, jangan asyik bayar minimum payment semata-mata. Kalau bayar setakat 5% je daripada jumlah hutang yang anda buat, scoring anda akan terganggu.
Tak salah pun bayar lebih sikit, melainkan kalau anda betul-betul tak mampu. Kalau anda bayar semua lagi bagus.

4: Bank 100% akan approve loan kalau CCRIS anda penuh dengan nombor ini

Nombor apa yang patut ada dalam CCRIS anda tu?
Kalau anda serius nak CCRIS cun melecun supaya bank senang approve, pastikan hanya ada nombor “0” je dan takde nombor lain selain nombor ni.
Dan kalau boleh, periksa hire purchase dan pastikan tahu due date untuk bayaraninstalment bulanan anda. Bayar awal sebelum due date ya.
Selain tu, check jugak di CCRIS item nombor 2 (dekat bahagian “special attention account”). Kalau ada sebarang perkara yang tersenarai dekat situ, pastikan anda settle-kan dulu.
Bila dah settle, anda lampirkan sekali dengan release letter dan bagi dekat pegawai bank yang anda apply tu.
Dan jangan lupa jugak check item nombor 3 (bahagian “application on credit”) sebab ini pun mainkan peranan.
Kalau terlalu banyak apply di merata bank pun, boleh jadi masalah dekat anda jugak. Jadi sentiasa periksa CCRIS anda yang terkini ya.

5: Elak memajak emas sebelum apply loan

Kalau dalam CCRIS anda ada rekod Ar-Rahnu (pajakan di bank), ini akan menyumbang ke arah negatif.
Ini akan jadikan skor anda rendah dan akan effect proses permohonan loan anda. Dan jangan tanya saya kenapa sebab saya pun takde jawapan yang sahih.
Tapi berdasarkan pengalaman, benda ni memang akan bagi kesan kepada anda punyascoring.
Semua pajakan di ar-rahnu masuk rekod CCRIS start tahun 2010, anda kena ingat pajakan di ar-rahnu dikira sebagai pinjaman bercagar.
Jadinya satu surat pajak = satu rekod hutang dalam ccris. (pengalaman masa main emas dgn Tok Belagak suatu zaman dahulukala)
Dan seperti pinjaman yang lain, jagalah pajakan anda ni dengan baik.

6: Lampirkan sekali Letter Offer setiap loan yang anda buat

Atau, anda juga boleh selitkan sekali statement bayaran yang paling latest untuk setiap loan yang anda pernah buat.
Sebab apa kena buat macam ni?
Ingat, kita nak senangkan kerja banker. Dan bila anda buat ni, anda akan mudahkan kerja mereka mengira DSR dan bagi cadangan (recommendation) yang terbaik dekat anda.

7: Bab dokumen – Pastikan ia lengkap 100%

Bukan setakat basic dokumen je tau. Kalau boleh, segala sepupu sepapat dokumen yang berkaitan (yang buktikan sumber pendapatan), anda lampirkan sekali dan bagi dekatbanker.
Yang related je ya. Jangan pulak ada yang menggatal bagi dokumen sijil kursus kahwin ke atau yang sama waktu dengannya. Banker takde masa nak melawak dengan anda.
Dan pastikan segala dokumen tu updated. Check dulu betul-betul dan pastikan tak outdated.

8: Pastikan anda layak buat permohonan loan (kalau tak nak bazirkan masa)

Sebelum anda nak beli rumah, pastikan anda dah refer kepada beberapa banker yang ada (paling kurang 3 bijik bank) untuk periksa eligibility anda.
Tujuan utama adalah nak tahu sama ada anda layak buat loan atau tak, dan berapa banyak jumlah loan yang anda mampu pinjam.
Jangan main pergi je. Buat rugi masa anda je nanti.

Ingat ini selalu – Banker bukan kuli anda

Satu lagi (yang ni, kira penting juga tau). Masa nak hantar application tu, sediakan semua perkara siap-siap.
Banker tu bukan kuli anda, faham? Setiap dokumen yang anda fotostat, make sure ia jelas dan terang. Takut nanti terkebil-kebil mata banker tu nak fokus dekat dokumen anda.
Ini sekadar guideline kasar je. Kalau nak maklumat yang lebih terperinci, anda boleh consult dulu dengan banker yang bertauliah.
Kredit:gilahartanah

0193286803
Real Estate Negotiator
Firdaus & Associates Property Professional Sdn Bhd

hartanahemasmalaysia
More Listing at FB : Hartanah Emas Malaysia
More Listing at FB : http://bit.ly/2hhBtUo

***Owner are welcome to list***

** IF YOU HAVE ANY PROPERTY WANT TO SELL OR RENT PLS CALL ME**

Ulasan