Kalau dah hadam dengan artikel ni, pasti jelas nak buat apa lepas ni dan tak takut nak bertindak lagi untuk beli rumah secondhand.
Langkah 1: Pilih dulu
rumah yang anda nak beli
Mula-mula, pilih dulu
hartanah yang anda nak beli. Yang ni, anda kena buat research sendiri. Tepuk dada
tanya selera. Nak beli untuk pelaburan atau duduk sendiri. Berapa pulak budget
nk beli rumah.
Langkah 2: Tandatangan Letter of Acceptance (LOA) atau Letter of Offer
Yang ke-2 pulak, anda
kena tandatangan Letter of
Acceptance atau Letter of Offer ejen hartanah sediakan. Ada juga
ejen yang gunakan Offer TO Purchase (OTP) sebagai boring booking sebelum anda
boleh apply loan gunakan OTP yang anda sign.
Paling penting, pastikan
dulu ejen tu berdaftar secara sah dengan Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen
Hartanah Malaysia (LPPEH atau BOVAEA).
Jangan sekali-kali guna
ejen haram (yang tak berdaftar). Sebab potensi anda kena “kencing” dengan
mereka sangat la tinggi.
Banyak dah kes tipu
macam ni berlaku. Naya je duit anda hangus macam tu je nanti.
Langkah 3: Bayar booking fee awal-awal, dan minta lanjutkan
tempoh siapkan SPA
Bayar jumlah 2 atau 3%
daripada harga pembelian rumah sebagai bayaran booking. Sejak zaman GST ni, kebanyakan booking
fee agensi dah kutip GST siap-siap. Booking fee yang biasanya adalah
3.18% dr harga rumah.
Lagi satu, cuba minta
tempoh 21 hari waktu bekerja sebagai tempoh dari bayaran deposit, hingga anda
kena siapkan SPA.
Biasanya, ejen akan
letak 14 hari. Tapi anda cuba la dapatkan 21 hari sebab kadang-kadang loan lambat lulus. Selagi loan tak lulus, anda tak boleh sign SPA (Sales and Purchase
Agreement).
Dan pastikan booking ni dibayar kepada syarikat ejen
hartanah atau syarikat guaman anda.
Jangan cari pasal dan
bayar kepada mana-mana individu, baik ejen atau owner rumah.
Langkah 4: Dapatkan bukti
pemilikan daripada owner asal
Pastikan pemilik rumah
asal (penjual) tandatangan pada LOA (Letter of Acceptance) atau Letter
of Offer, dan pastikan anda (atau ejen) dapat salinan SPA pembelian tu
untuk buktikan mereka sebagai pemilik rumah yang sahih.
Langkah 5: Mula buat
permohonan dekat bank
Gunakan LOA tadi untuk
memohon pinjaman loan daripada pihak bank untuk
pembelian rumah. Dan pastikan anda apply minimum 4 bank untuk tujuan ini.
Langkah 6: Cari peguam
yang tahu buat kerja
Upah peguam yang ada
kepakaran dalam bidang pengurusan hartanah untuk siapkan SPA (Sales and
Purchase Agreement).
Biasanya ejen dah ada
panel peguam yang akan memudahkan anda. Kalau guna panel mereka juga ejen boleh
bantu anda untuk follow up setiap urusan anda dalam urusan jual beli rumah.
Langkah 7: Tandatangan SPA
HANYA lepas dah confirm dapat loan
Tandatangan dokumen SPA
dan pastikan anda dapatkan (paling kurang) 1 loan yang dah approve sebelum tandatangan SPA.
Sekali lagi saya pesan. JANGAN
SEKALI-KALI TANDATANGAN SPA SELAGI BELUM ADA MINIMA SATU (1) LOAN YANG DAH
LULUS.
Jika loan
anda tak lulus lepas sign SPA, booking
fee anda akan berpotensi utk burn begitu
sahaja. Melainkan SPA menyatakan sebaliknya.
Ini juga mungkin juga berbeza sekiranya anda beli
rumah melalui loan kerajaan. Salinan SPA
perlu disertakan bagi tujuan permohonan loan bagi sesetengah kes.
Langkah 8: Jelaskan baki
7%. Kalau tak, anda tak boleh tandatangan SPA
Bayar baki 7% deposit
pembelian rumah. Dalam langkah #3 tadi, kita dah bayar 3%.
Jumlah ni kita perlu
cukupkan sampai 10% sebelum tandatangan SPA. Jumlah booking juga adalah
berdasarkan jumlah loan yang anda dapat. Kalau loan lepas 80%, maka anda perlu bayar
booking sebanyak 20% sebelum sign SPA.
Langkah 9: Kerapkan tanya
peguam yang uruskan proses jual-beli anda
Tunggu 3 hingga 6 bulan untuk
pihak bank membayar penjual jumlah yang tertunggak (baki 90%, lepas anda dah
bayar duit down payment 10%).
Pastikan anda telefon
peguam anda tiap-tiap minggu untuk pastikan peguam anda “tak tidur” (kes tak
buat kerja) dan kes anda ada kemajuan dari masa ke semasa.
Disinilah pentingnya
untuk anda gunakan panel peguam yang disyorkan oleh ejen anda. Kerana ejen
boleh bantu anda untuk buat follow up
progress urusan jual beli anda.
Langkah 10: Peguam akan
uruskan 100% untuk anda daripada sini
Bank dah jelaskan semua
jumlah tertunggak kepada penjual. Peguam anda akan uruskan proses pengambilan
kunci.
Langkah 11: Masa untuk
dapatkan kunci rumah!
Pemilik rumah atau
penjual akan kosongkan rumah untuk selesaikan proses pemindahan yang dah
berjaya. Peguam akan pastikan tiada bil dan cukai tertunggak oleh pemilik asal.
Masa ni, anda akan dapat
kunci rumah dan rumah itu sekarang dah jadi hak milik anda.
Nak tahu berapa kos guaman
(legal fees) hartanah?
Ni saya nak ingatkan. 11
langkah dekat atas ni adalah maklumat asas je. Bila dah baca dan amal nanti,
lagi banyak ilmu hands-on yang anda dapat.
Bila anda nak membeli
rumah, penting juga untuk faham kos guaman. Kos ni berbeza bagi setiap nilai
hartanah.
Contoh untuk anda dekat
bawah ni:
·
Untuk hartanah bernilai RM150,000 pertama = Kos guaman 1%.
·
Untuk hartanah bernilai RM850,000 berikutnya = Kos guaman 0.7%.
·
Untuk hartanah bernilai RM2,000,000 berikutnya = Kos guaman
0.6%.
·
Untuk hartanah bernilai RM2,500,000 berikutnya = Kos guaman
0.4%.
·
Untuk hartanah bernilai lebih RM7,500,000 = Kos guaman boleh
dirunding. Tapi tak boleh lebih daripada 0.4%.
“Ada tak kos lain yang
patut saya ambil tahu?”
Selain tu, anda g juga
kena tanggung disbursement
cost (kos pengeluaran)
sekitar RM500 hingga RM1,000. Dan biasanya, kos ni adalah untuk tanggung
pengurusan dokumen-dokumen ini:
1. Setem
SPA (Sales and Purchase Agreement) sebanyak RM10 untuk setiap salinan.
Biasanya ada 4 salinan.
2. Bankruptcy
search.
3. Pencarian
syarikat (kalau perlu).
4. Pencarian
tanah (sebelum menyediakan SPA dan mengisi borang 14A di Pejabat Tanah).
5. Pendaftaran
dokumen pertukaran hak milik hartanah di Pejabat Tanah, dan kos-kos lain.
Tekan link dibawah dan kami akan bantu anda beli rumah secara PERCUMA.
Ya, PERCUMA. Anda tidak akan dikenakan sebarang bayaran.
Tekan link dibawah dan kami akan bantu anda beli rumah secara PERCUMA.
Ya, PERCUMA. Anda tidak akan dikenakan sebarang bayaran.
0193286803
www.wasap.my/60193286803
Visit myhartamas.com for more info.
view here : www.edgeprop.my/agent/77056
view here : johanhartanah.agentweb.my/agent-listings
view here : www.mudah.my/johan-miftahuddin-kaizen-realty
view here : miftahuddin.iagent.my/
view here : www.propsocial.my/agent/Johan0193286803
www.wasap.my/60193286803
Visit myhartamas.com for more info.
view here : www.edgeprop.my/agent/77056
view here : johanhartanah.agentweb.my/agent-listings
view here : www.mudah.my/johan-miftahuddin-kaizen-realty
view here : miftahuddin.iagent.my/
view here : www.propsocial.my/agent/Johan0193286803
Ulasan
Catat Ulasan