Cara semak CCRIS & CTOS sebelum apply loan rumah
“KALAU NAK BELI RUMAH Pakai Loan, APA PERKARA PERTAMA YANG WAJIB anda
BUAT?”
Mudah je soalan ni.
Mestilah nak kasi bank lulus loan cepat-cepatkan. Pastikan juga CCRIS dan CTOS
anda cun melecun. Kalau tak, bank mana yang berani pinjamkan duit kepada anda?
Kalau yang ni awal-awal
lagi dah kantoi, alamat memang melopong je la anda nanti. Pastikan anda buat
benda ni dulu sebelum berangan nak beli rumah. Bukan susah pun nak buat.
Ini cara nak buat bank terus-menerus luluskan permohonan loan rumah anda
Kalau anda berminat nak
membeli hartanah dan membuat pembiayaan perumahan (loan) dengan bank, anda
kena cantikkan profil kewangan, CCRIS dan juga rekod CTOS.
Boleh tahan ramai yang
konfius tentang fungsi CCRIS dan CTOS. Boleh katakan, ini antara ilmu yang
penting untuk pastikan permohonan loan anda lulus dengan cemerlang.
Apakah itu CCRIS?
CCRIS (Central Credit
Reference Information System) adalah satu platform yang merekod segala
pinjaman yang anda buat dengan institusi kewangan.
Ia adalah satu sistem
yang mengumpul maklumat individu yang membuat pinjaman dengan mana-mana bank,
dan bekalkan semula data-data yang berkaitan kepada institusi kewangan.
Secara mudah, CCRIS akan
rekodkan displin membayar balik segala pinjaman yang pernah anda buat.
Antara contoh jenis
pinjaman yang akan direkod adalah:
·
Loan kereta,
·
Kad kredit,
·
Pembiayaan peribadi,
·
Pembiayaan perumahan,
·
Hutang PTPTN,
·
Pembiayaan ASB, dan lain-lain yang berkaitan.
Laporan CCRIS ni, anda
boleh semak dekat Bank Negara Malaysia dan juga di kiosk yang disediakan. Apa
yang anda perlu sediakan adalah MyKad serta jiwa dan hati yang terbuka
(chewah!).
CRRIS hanya akan
paparkan rekod 12 bulan ke belakang. Maknanya, bila anda settle–kan
bayaran tertunggak, sistem akan kemas kini data setiap 15 haribulan.
Kalau CCRIS anda ada
rekod yang barai, jangan risau. Lepas setahun, rekod tu akan hilang dengan
syarat, anda kena langsaikan hutang tu cepat-cepat.
Bila nak buat pinjaman
perumahan, apa yang penting adalah anda kena hilangkan nombor-nombor yang ada
(selain daripada nombor “0”) sebelum buat permohonan.
Kalau tak buat yang ni,
bank memang akan pandang anda sebelah mata dan potensi loan anda gagal dapat adalah tinggi.
Macam mana nak tahu CCRIS
saya cun atau tak?
Cara-cara nak check CCRIS:
·
Semak di kiosk Bank Negara Malaysia atau cawangan,
·
Semak di cawangan AKPK,
·
Semak secara online (yang ni, anda tak
perlu keluar rumah langsung. Jimat duit).
Ini langkah demi langkah
yang anda perlu buat untuk dapatkan laporan CCRIS secara online:
- Muat turun Borang Permohonan Laporan Kredit.
- Scan kad pengenalan (depan dan belakang dengan jelas).
- Scan jugak dua (2) jenis dokumen sokongan untuk buktikan permohonan itu berasal daripada anda, bukan orang lain. Contohnya lesen memandu, penyata akaun bank, penyata KWSP atau bil utilti.
- Isi borang Pemohonan Laporan Kredit dan isi Borang Pengisytiharan Pinjaman. Borang ini merujuk kepada pinjaman yang sedia ada seperti pinjaman rumah, pinjaman jual beli, kad kredit dan sebagainya.
- Dah siap isi nanti, emelkan kepada alamat emel ini: bnmtelelink@bnm.gov.my
- Lepas dah hantar, anda akan dapat maklum balas daripada pihak BNM dalam masa beberapa hari. Paling lambat, 14 hari.
- Lepas dapat maklum balas, anda kena telefon pihak BNM untuk dapatkan kata laluan (password). Ini untuk buktikan anda yang memohon, bukan orang lain.
“Apa pula yang saya perlu
tahu tentang CTOS?”
CTOS (Credit Tip Off
Service) adalah Sistem Informasi Rujukan.
Anda akan kena CTOS
kalau ada tunggakan hutang dengan pihak pemiutang. Kadang-kadang, ada yang tak
sedar kena CTOS sebab menajdi penjamin kepada adik-beradik atau saudara-mara.
Kalau CTOS anda tak
cantik, wajib untuk anda langsaikan dulu hutang yang tertunggak tu.
Segala hutang yang anda
buat dekat bukan institusi kewangan (seperti bank) akan direkod dala CTOS.
Contohnya:
·
Hutang dengar retailer seperti Courts Mammoth,
·
Kedai motor,
·
AEON Credit,
·
Bil dengan syarikat telekomunikasi,
·
Syarikat lain yang anda berhutang
dengan bayaran secara ansuran.
·
Hutang beli perabot
CTOS pula, kalau anda
bayar secara penuh, ia akan direkodkan pada tarikh yang anda langsaikan hutang
tu. Bermakna, rekod anda di CTOS masih wujud.
Tapi rekod CTOS ni akan
terhapus lepas 2 tahun sekiranya pembayaran penuh dibuat. Anda kena buat
bayaran penuh dan pergi semak dekat CTOS untuk pastikan nama anda dah clear atau tak.
Kalau tak pun, dapatkan
surat full
settlement daripada
CTOS sebelum anda memohon loan dekat bank.
Macam mana nak semak CTOS
pulak?
- Anda boleh register dengan melawat laman web ini.
- Atau anda boleh download aplikasi CTOS di Google Play Store (Android) atau Apps Store (iPhone).
- Tekan butang sign up.
- Isikan semua maklumat yang diminta. Gunakan alamat emel yang masih aktif (wajib).
- Muat naik (upload) gambar IC anda untuk pengesahan.
- Selesai semua ni, tekan butang submit untuk pihak CTOS hantarkan maklumat kepada anda. Biasanya, 3 jam waktu bekerja atau mungkin lebih lama lagi.
- Anda akan terima laporan kewangan melalui emel.
- Anda juga boleh tengok skor meter kredit untuk tahu profil kewangan anda power atau tak.
Apa lagi maklumat penting
tentang CCRIS dan CTOS yang anda perlu tahu?
Dua (2) sistem ini
ada beza. CCRIS dibawah seliaan BNM dan CTOS pulak adalah agensi luar yang tak
ada sebarang kaitan dengan BNM.
CCRIS dan CTOS tak akan
bankrapkan anda. Janji hutang tertunggak anda tak lebih daripada RM30,000.
Dan anda hanya boleh
diisytiharkan bankrap melalui Perintah Mahkamah melalui permohonan pemiutang.
Kalau CCRIS sangkut,
memang bank takkan layan permohonan loan anda. Kalau hutang sedia ada
pun tak mampu nak bayar, macam mana la anda nak buat hutang baru, kan?
Lagi-lagi, sekarang ni
PTPTN yang anda kantoi bayar pun akan direkod masuk dalam CCRIS. Jadi, tak
payah acah-acah konfius nak beli rumah atau nak travel dulu.
Tekan link dibawah kalau anda nak kami bantu anda beli rumah secara PERCUMA.
Ya semuanya PERCUMA tanpa bayaran, kami bantu anda beli rumah dari A to Z.
Hubungi kami sekarang.......
Tekan link dibawah kalau anda nak kami bantu anda beli rumah secara PERCUMA.
Ya semuanya PERCUMA tanpa bayaran, kami bantu anda beli rumah dari A to Z.
Hubungi kami sekarang.......
0193286803
www.wasap.my/60193286803
Visit myhartamas.com for more info.
view here : www.edgeprop.my/agent/77056
view here : johanhartanah.agentweb.my/agent-listings
view here : www.mudah.my/johan-miftahuddin-kaizen-realty
view here : miftahuddin.iagent.my/
view here : www.propsocial.my/agent/Johan0193286803
www.wasap.my/60193286803
Visit myhartamas.com for more info.
view here : www.edgeprop.my/agent/77056
view here : johanhartanah.agentweb.my/agent-listings
view here : www.mudah.my/johan-miftahuddin-kaizen-realty
view here : miftahuddin.iagent.my/
view here : www.propsocial.my/agent/Johan0193286803
bahagian pertama laporan ccris sahaja pihak bank sudah boleh tahu status dirianda laporan kredit terperinci adalah bahagian yang terpenting yang memberi gambaranterperinci dan menyeluruh tentang setiap satu pinjaman yang yang diperolehi olehpelanggan sama ada untuk dirinya sendiri secara bersama bagi akaun bersama sebagai pemilik bagiperniagaan tunggal dan sebagai rakan kongsi bagi perniagaan perkongsian atau badan profesional bersertacorak pembayaran untuk satu-satu pinjaman tersebut selama 12 bulan sebelumnya inibermaksud sekiranya anda mempunyai pinjaman kenderaan di sini ditunjukkan pada bulanberapa bayaran kenderaan ada tertunggak dan berapa bulan tunggakan tersebut untuktempoh 12 bulan yang lalu bukan sahaja untuk pinjaman kenderaan sahaja jugaditunjukkan di sini ialah pinjaman berjangka yang lain seperti rumah kad kredit overdrafpinjaman peribadi belian barang elektrik atau perabot secara ansuran pemajakan resit amanah beliancek luar pemfaktoran belian bil-bil domestik dan lain-lain selain menunjukkan jenis pinjaman dan corakbayaran butiran lain seperti tarikh pinjaman status kapasiti jenis institusi yang memberipinjaman jumlah belum jelas tarikh baki dikemaskini tempoh pembayaran balik prinsipal jenis cagaran statusundang-undang dan tarikh status dikemaskini turut dipaparkan di halaman ini apa maksudnya sekiranya 10bulan lalu kereta anda tertunggak 3 bulan walaupun sekarang ini anda telah update dantiada tunggakan pihak bank tetap akan tahu perkara tersebut oleh itu tidak ada gunanyauntuk berselindung laporan kredit tambahan adalah merupakan bahagian terakhir dalamlaporan ccris walaupun yang terakhir ia tidak kurang penting terutamanya kepada pihakpemberi pinjaman kerana di sinilah dinyatakan alamat-alamat yang pernah diduduki oleh pelanggansama ada alamat rumah atau syarikat nombor-nombor telefon tidak kira telefon rumah pejabatataupun telefon bimbit yang pernah atau masih digunakan oleh pelanggan dan jugamaklumat pekerjaan pelanggan meliputi jawatan dan nama syarikat tempat pelanggan bekerjadulu dan kini jadi jangan terkejut sekiranya pegawai bank boleh menyatakan dengan tepatsejarah tempat tinggal nombor telefon dan perkerjaan anda ketika anda membuat pinjamandengan pihak bank dan nasihat saya jangan cuba memberi maklumat palsu kepadapihak bank dalam apa-apa permohonan pinjaman kerana maklumat dirianda di hujung jari mereka dengan adanya laporan ccris ini apa yang boleh kaminyatakan di sini laporan ccris hanya menunjukkan corak bayaran selama 12 bulan terdahulusekiranya tunggakan bayaran berlaku lebih dari 12 bulan lalu usah khuatir kerana ia tidaknampak di dalam laporan ccris ini selagi tiada tindakan undang-undang dikenakan selain itu bagipinjaman yang telah diselesaikan sepenuhnya baki pinjaman laporan berkenaanpinjaman tersebut akan diluputkan sepenuhnya dari laporan ccris dalam masapaling lama pun sebulan sahaja jadi walaupun pernah bayaran kurang memuaskan pada satu-satu masa lalusebaik sahaja bayaran telah dijelaskan sepenuhnya maka sejarah tersebut tidak kelihatan lagi daripadalaporan credit ccris inilah bank akan membuat penilaian sama ada utk meluluskan ataumenolak permohonan anda maklumat ini akan digunakan untuk mengira dsr debtservice ratio anda setiap bulan ada sesetengah institusi kewangan akan menolak permohonanpinjaman perumahan sekiranya dsr berada pada tahap 50 atau lebih namun tidak semuainstitusi kewangan begitu secara ringkasnya anda ccris bila anda masih berhutang di banktetapi tidak mempunyai bayaran bulanan yang cantik anda ctos anda tidakmembayar hutang anda di bank dalam tempoh masa tertentu sehingga keluar surat samanmahkamah anda blacklisted ccris ctos loan sering ditolak bank kami boleh bantu anda bebasblacklist terbuka utk kerajaan badan berkanun dan swasta terpilih ramai yang sudah bebas darisenarai hitam klik sini utk maklumat lanjut loading labels blacklist ccris ctos fis kreditlaporan pinjaman 8 ulasan nor edlina selamat nor edlina selamat berkata ulasan ini telahdialihkan keluar oleh pengarang 27 januari 2016 9 09 pg tanpa nama tanpa nama berkata soalan saya
Anda mahu dapatkan pinjaman kredit? Tapi risau permohonan anda tidak lulus? Jom kami kongsikan mengenai CTOS di sini: Cara Semakan CTOS online
BalasPadam