TIPS SEBELUM JUAL RUMAH

Apa yang patut anda buat sebelum jual rumah?
Pagi ini ada kawan yang bertanya.
Katanya, kawan dia nak jual rumah sebab nak kurangkan komitmen dan nak beli rumah lebih murah dengan duit untung yang ada.
Buat masa ini hanya itu je hartanah yang dia ada, tapi sekarang sedang duduk menyewa.
Sebelum nak jual rumah, kena buat beberapa perkara dulu sebelum boleh putuskan sama ada berbaloi atau tak.
1: Semak dulu market value semasa rumah

Ada banyak cara yang anda boleh buat untuk tujuan ini.
Salah satu cara adalah dengan dapatkan verbal valuation dengan cara walk-in ke bank, dan minta bantuan banker tanya panel valuer mereka.
Atau kalau ada kawan yang kerja sebagai valuer, tanya terus kat mereka.
Paling cikai, tengoklah berapa average harga rumah yang lebih kurang serupa di kawasan yang sama. Gunakan laman web seperti mudah.my atau propwall.my.
2: Pergi ke bank dan dapatkan statement full settlement

Pergi ke bank yang bagi loan dan minta statement berapa full settlement, iaitu baki yang perlu dibayar untuk langsaikan hutang rumah (yang anda nak jual tu).
3: Kira untung kasar yang anda boleh buat

Kiralah berapa keuntungan kasar daripada jualan rumah tersebut. Itu pun kalau dapat jual pada market value.
Contoh market value RM300,000, full settlement RM250,000, maka untung kasar anda adalah lebih kurang RM50,000.
Kalau nak jual rendah daripada market value, contohnya RM280,000, untung kasar anda sekitar RM30,000 la.
Okay. Kita assume untung kasar yang anda dapat adalah RM50,000.
4: Masih ingat RPGT?

Kalau rumah tu belum sampai tempoh edah 5 tahun, masa jual nanti akan kena RPGT.
Kecuali kalau anda gunakan pengecualian sekali seumur hidup tu. Tapi benda ni sekali seumur hidup je tau. Baik fikir masak-masak dulu sebelum guna.
Katakan rumah tu dah 4 tahun, RPGT 10%. Bermakna RPGT kasar ialah 10% daripada RM50,000 (untung yang anda dapat kat atas tadi).
Ada banyak aspek RPGT yang lain, tapi tak sempat cerita. Kita assume RPGT yang anda kena bayar sebanyak RM5,000.
5: Cara kira untung bersih

Jadi, untung separa bersih adalah RM50,000 – RM5,000 = RM45,000.
Lepas tolak kos2 lain contohnya guaman dan repair apa yang patut, bolehlah untung RM40,000.
Ini kiraan kasar je tau. Sebab fine details bergantung kat setiap kes yang berbeza.
Berbaloi ke tak untung RM40,000 tu?
Entah. Bergantung kepada matlamat tuan rumah la. RM40,000 tu boleh je buat bayar deposit sebuah rumah lebih murah, atau beberapa rumah lain. Game tak sama.
Yang ni, tuan empunya badan kena fikir sendiri berbaloi ke tak.
Ada orang untung RM30,000 pun cukup dah. Ada orang lain untung RM300,000 pun masih tak cukup-cukup.
Jangan pula main letak harga ikut suka. Takut lepas dah sign S&P baru perasan. Rupanya harga jual tak cover pun full settlement. Memang senyum pahit la mas tu kan…

sumber :gilahartanah
tip pelaburan hartanah tips kewangan kisah inspirasi berita hartanah contact us advertisecontact us gilahartanah com gilahartanah com tip pelaburan hartanah tips kewangan kisahinspirasi berita hartanah contact us home tip pelaburan hartanah nasihat simple tapi poweryang semua owner wajib tahu sebelum jual rumah tip pelaburan hartanah 

determination of the speed

UEFA Champions League

Champions League

Transformers 5 

Jayalalitha News Update 

propane

BR1M

Liverpool

Boston Major and The Last of Us 2 
La Liga Result 
Arsenal 

coyote

Arsenal F.c.

Real Madrid 


propane

BR1M

Liver


Aff Suzuki Cup 2016

Legend Of The Blue Sea

Boston Major

determination of the speed

UEFA Champions League

Champions League

Transformers 5 

Jayalalitha News Update 

propane

BR1M

Liverpool

Boston Major and The Last of Us 2 
La Liga Result 
Arsenal 

coyote

Arsenal F.c.

Real Madrid 

pool

Boston Major and The Last of Us 2 
La Liga Result 
Arsenal 

coyote

Arsenal F.c.

Real Madrid 



Ulasan