LOAN ASB……. Ada yang kata income..

LOAN ASB……. Komitmen Atau Income?


"Tuan, saya ade buat loan Amanah Saham Bumiputera (ASB) sebanyak RMxxk..bulanan RMxxx..baru 3 bulan start bayaran..so ni bank kira sebagai komitment atau income"

"Tuan, saya ade check kelayakan loan kat banker tapi banker minta saya tutup akaun loan ASB sebab DSR saya dah tinggi"

"Tuan minta pendapat, adakah saya perlu buat ASB loan terlebih dahulu baru beli rumah atau beli rumah dulu baru ASB"

1.Ramai orang keliru tentang pembiayaan Amanah Saham Bumiputera (ASB) ini satu income atau komitmen. Ini kerana ada orang yang mempunyai pembiayaan ASB ini telah menyebabkan pembiayaan perumahan mereka ditolak oleh pihak bank.

2.Untuk makluman pembiayaan yang muncul dalam laporan CCRIS akan dikira sebagai komitmen dalam kiraan Debt Service Ratio (DSR).

3.Jika ASB Financing belum cukup setahun, ia akan dikira sebagai komitmen. Selepas setahun, barulah dikira sebagai pendapatan dan % yang diambilkira berbeza mengikut bank.

4.Antara bank yang menganggap pembiayaan ASB sebagai pendapatan selepas setahun adalah:
1. Maybank
2. BSN
3. RHB
4. CIMB: 80%
5. Bank Rakyat: Syaratnya mesti lepas 3 tahun, bawah 3 tahun dikira sebagai komitmen.
7. Al-Rajhi
8. HSBC Amanah

5.Antara bank yang menganggap pembiayaan ASB sebagai komitmen ialah:
1. Affin Islamic
2. Public Bank

6.Saya nak kongsi beberapa case yang saya handle berkenaan pembelian rumah bagi pembeli yang mempunyai loan ASB.

●KES 1


Gaji Bersih (lepas tolak potongan wajib -Kwsp, Zakat, Cukai, Socso) rm4,000

Tanggungan~ kereta rm450
                      ~Personal Loan rm200
                      ~ASB RM200 (baru 3 bulan ambil)

Kiraan DSR: 75% x RM4,000: RM3,000

(Tolak)

Tanggungan sedia ada: RM 450+ RM 200+ RM 200 = RM850

Balance kelayakan boleh hutang : RM3,000 - RM850 = RM RM2150 .
RM2150x200= RM430,000
*Layak untuk pembelian rumah berharga RM430k (tertakluk kepada umur)

{Dalam kes ni, loan ASB buyer dikira sebagai komitment dan tiada tambahan income dikira daripada pelaburan ASB tersebut}


●KES 2


-Gaji Bersih (lepas tolak potongan wajib -Kwsp, Zakat, Cukai, Socso) RM3k
- Ada income dividen ASB tahun semasa RM5800

Tanggungan~ kereta rm750
                      ~ASB RM500 (loan lebih setahun)

Kiraan DSR:

60% x RM3000= RM1800k

(Tolak)

Tanggungan sedia ada: RM750+ RM 500 = RM 1250

Baki kelayakan boleh hutang: RM 550 + dividen ASB setahun RM 483  [RM 5800÷ 12] = RM 1033

RM1033x200 =RM206,000

*Layak untuk pembelian rumah berharga RM 206k, tertakluk kepada umur)

{dalam kes ni, income ASB pembeli akan diambil kira sebanyak 100% mengikut purata sebulan daripada jumlah yang diperoleh}

Ada yang bertanya,

"Tuan, jika saya keluarkan dan belanjakan dividen tu setiap tahun, adakah bank masih mengambilkira dividen ini sebagai income tambahan saya.?"

YES!!
Bank masih mengambilkira dividen tersebut sebagai income tambahan anda dengan syarat anda perlu memberikan salinan catatan bukti adanya transaksi dividen masuk dalam Buku pelaburan ASB anda.

Contoh diatas adalah dalam bentuk kirana mudah dan mungkin berbeza hasilnya bergantung kepada kelayakan individu itu sendiri.

Untuk maklumat lanjut dan pemahaman berkenaan pembelian rumah, lengkap sila hubungi


Johan 

0193286803


Visit myhartamas.com for more info.

view here : www.edgeprop.my/agent/77056
view here : johanhartanah.agentweb.my/agent-listings
view here : www.mudah.my/johan-miftahuddin-kaizen-realty
view here : miftahuddin.iagent.my/
view here : www.propsocial.my/agent/Johan0193286803

Ulasan