RUMAH TAK LAKU KERANA HARGA TERLALU MAHAL ATAU HARTANAH STRATA TERLALU BANYAK?

RUMAH TAK LAKU KERANA HARGA TERLALU MAHAL ATAU HARTANAH STRATA TERLALU BANYAK


Sering kali kita dengar orang ramai mengeluh tidak mampu beli rumah kerana harga rumah yang terlalu tinggi.
Baru-baru ini pula, kita dimaklumkan bahawa sebanyak 88,000 hartanah bumiputera tidak terjual kerana harga yang terlalu mahal. Apa sudah jadi?
Menerusi kenyataan Pengarah Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC), Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH), Khuzaimah Abdullah berkata, pemaju kini lebih gemar membangunkan projek rumah bertingkat mewah sehinggakan rumah-rumah ini telah menjadi satu masalah apabila tidak terjual.

Ianya dilihat seperti trend pada masa kini apabila pihak pemaju berlumba-lumba sesama mereka membangunkan projek mewah agar dapat mengaut keuntungan yang berlipat kali ganda tanpa mengambil kira faktor kemampuan rakyat Malaysia untuk melabur pada sesuatu hartanah tersebut. Disebabkan itu lambakan rumah bertingkat mewah semakin meningkat di pasaran pada masa kini.
Berdasarkan Laporan Pasaran Hartanah 2016 JPPH yang dikeluarkan NAPIC baru-baru ini, sebanyak 14,792 unit rumah kediaman siap yang tidak dijual di negara pada tahun lalu bernilai RM8.56 bilion.
Jumlah itu meningkat kepada 43.8% dari segi jumlah dan 70.7% dari segi nilai, berbanding tahun sebelumnya.
Perbezaan yang ketara dapat dilihat dan dibandingkan apabila angka tersebut jauh mengatasi unit hartanah industri siap yang tidak terjual pada tahun lalu yang berjumlah 842 unit bernilai RM1.12 bilion manakala unit kedai siap tidak terjual pula berjumlah 5,069 unit bernilai RM2.83 bilion.
Hal ini merupakan perkara yang agak membimbangkan dalam  pasaran hartanah tempatan kerana meskipun rumah telah siap dibina namun rumah tersebut tidak laku dijual. Ini menunjukkan pemaju telah membelanjakan sejumlah wang yang besar namun tiada pembeli dan bilangan rumah ini semakin bertambah.
Bagi menangani masalah ini daripada terus berlarutan, pihak tertentu perlu mengambil inisiatif dan menggunakan strategi yang efektif bagi mengurangkan kadar peningkatan rumah mewah tidak terjual.

0193286803
www.wasap.my/60193286803

Visit myhartamas.com for more info.

view here : www.edgeprop.my/agent/77056
view here : johanhartanah.agentweb.my/agent-listings
view here : www.mudah.my/johan-miftahuddin-kaizen-realty
view here : miftahuddin.iagent.my/
view here : www.propsocial.my/agent/Johan0193286803

Ulasan