Bajet
adalah salah satu alat terbaik yang korang ada untuk mengawal dan memperbaiki
keadaan kewangan.
Tapi
untuk konsisten secara jangka masa panjang, tak semua orang boleh buat.
Korang
wajib berusaha dan bekerja keras untuk ‘kekal setia’ dengan bajet yang korang
buat. Ya, ini bukan satu kerja yang mudah.
Perubahan
gaya hidup, disiplin, perbelanjaan yang teratur, semua ini diperlukan dalam
mengaplikasikan bajet dalam kehidupan seharian.
Nah.
Buat korang yang tengah nak berjinak-jinak, hadamkan 5 tip ini tanpa was-was.
Semoga bermanfaat.
Tip #1: “Buat bajet ikut kategori” – Apa benda ni?
Kami
payung korang 5 tip power ni yang
kami baca dekat blog The Balance.
Kalau
korang jenis yang terbiasa berbelanja, agak susah nak berubah serta-merta dalam
membuat bajet.
Tapi
bagi kami, tak ada masalah pun. Korang boleh cuba buat idea ni.
Katakan,
gaji korang sebulan RM2,000 dan korang jenis yang kaki shopping.
Korang boleh je tolak tepi RM150 (contoh) untuk lunaskan nafsu shopping korang
tu.
Tapi
bila duit tu dah habis, elakkan guna duit lain yang dah siap-siap dibahagikan
dalam bajet korang tu. Pada masa yang sama, korang perlahan-lahan latih diri
untuk kurangkan tabiat shopping tu.
Teknik
ni akan bantu korang setia dengan bajet yang dibuat. Nampak simple je,
kan? Tapi nak tahu berkesan atau tak, korang kena cuba buat dulu.
Antara
masalah biasa yang lain dalam bab berbelanja seperti membeli barangan runcit
dan hiburan. Tak apa. Janji korang sedar dan akui korang ada masalah ini.
Sebab
tu, penting untuk korang simpan resit untuk setiap perbelanjaan yang korang
buat. Baru korang boleh kira berapa banyak jumlah yang korang belanjakan setiap
bulan untuk setiap perkara.
Dengan
cara ni, korang dapat elakkan masalah ‘poket kering’ dan terpaksa telan Maggi
setiap kali tiba hujung bulan.
Tip #2: Raikan teknologi di telapak tangan anda
Daripada
korang install game, apa kata korang install aplikasi
yang bantu korang buat bajet. Lagi berfaedah, tak gitu?
Dengan
bantuan aplikasi seperti ini, lebih mudah untuk korang jejak setiap
perbelanjaan yang berlaku. Bukan takat tu je. Korang jugak boleh akses ke bajet
yang korang buat pada bila-bila masa.
Dah
tak payah pakai kertas pun nak buat bajet. Hidup korang pun makin senang, alam
sekitar pun semakin terjaga. Apa lagi nikmat yang korang dustakan?
Nah,
kami tambah lauk lagi. Korang jugak boleh sync aplikasi
dekat smartphone korang tu menerusi komputer. Buat yang dah
ada pasangan hidup, ajar teknik ni pada mereka.
Semua
benda dekat hujung jari korang je sekarang ni. Dah mudah pun, malas nak buat
ke?
Tip #3: Buat ‘mesyuarat kewangan’ sekerap mungkin
Korang
jugak boleh buat meeting (mesyuarat) kewangan setiap bulan
dengan ahli keluarga dan pasangan, untuk pastikan bajet korang sentiasa berada
di landasan yang betul.
Cara
ni akan memastikan korang peka pada setiap perbelanjaan yang berlaku, meneliti
jumlah simpanan, dan kemajuan matlamat kewangan yang korang nak capai. Kalau
ada perkara yang perlu diubah, korang boleh buat tanpa sebarang masalah.
Kalau
korang dah berkahwin, ini tip yang kami sarankan korang dan pasangan buat.
Buat
yang masih single (bujang trang tang tang), jangan pulak
korang mengelak ya. Idea ni, semua orang boleh buat termasuk korang yang masih
mencari pasangan hidup.
Mungkin
tip ini perlukan banyak masa dan tenaga korang. Tapi serius, tak rugi kalau
korang buat. Duit korang pun, confirm selamat.
Tip #4: Cantas habis perbelanjaan yang tak perlu
Biasanya,
perbelanjaan bulanan seperti bil telefon, eletrik, air, Internet, keahlian gim
dan sebagainya yang paling banyak makan duit korang. Setuju?
Dan
ini perbelanjaan yang paling ramai orang tak berikan sepenuh perhatian. Padahal,
kalau boleh kurangkan walaupun RM50 sebulan, bukan ke kewangan korang akan
terkesan secara langsung?
RM50
tu, mungkin boleh bawak ke tabung simpanan bulanan. Nah, dah ada ekstra RM50
untuk korang simpan. Tak ke bagus tu?
Kalau
korang gunakan plan Internet berharga RM150 sebulan, kaji
balik sama ada korang benar-benar perlukan atau tak.
Kalau
kurang guna Internet, baik lagi korang langgan pakej yang lebih murah. Dah
boleh save banyak kat situ.
Tip #5: Jimatkan perbelanjaan dalam bab makanan?
Patut ke?
Rata-rata
orang susah nak berbajet bila masuk bab makanan. Memang ramai yang tak berkira
pasal bab makanan.
Tapi
pada kami, ini salah satu perkara yang korang wajib kawal. kami tak haramkan
korang nak belanja diri sendiri setelah penat bekerja setiap bulan. Tapi kalau
tiap-tiap hari nak makan sedap, korang sendiri yang cari pasal ya.
Nak
makan sedap, ada caranya – masak sendiri. Cuba korang kira kos bila memasak,
dan bandingkan kos membeli makanan dekat kedai. Korang akan nampak beza kos
yang agak ketara disitu.
Nak
cari resipi sedap-sedap, ada berlambak dalam Google tu. Tinggal korang
nak search je. Kalau tu pun malas, elok sangat dah korang
telan kertas je.
Lagi best, korang
boleh masak lebih dan simpan makanan tu untuk dimakan esok. Tinggal nak
panaskan je. Kat situ, korang dah boleh kira berapa banyak boleh jimat.
Cubalah!
Nak seribu daya, tak nak seribu dalih
Kesihatan
kewangan korang adalah tanggungjawab korang sendiri. Tak ada orang lain yang
akan bantu jagakan untuk korang, melainkan diri sendiri.
Dan
tak mustahil nak berubah ke arah yang lebih baik. kami dulu pun, lebih kurang
je. Tapi sebab sayangkan masa depan, kami ambil inisiatif untuk berbajet.
Alhamdulillah,
sekarang kewangan kami berkali ganda lebih baik berbanding dulu. Korang, bila
lagi?
Ulasan
Catat Ulasan